BANTUAN EWALLET (2024 RM450 ONLINE)
Inisiatif Bantuan e-Wallet yang bernilai RM300 telahpun dilaksanakan sejak bulan Julai yang lalu. Kini, Bantuan SARA pula yang bakal dilaksanakan pada bulan Disember ini khas kepada 8 juta penerima STR yang berstatus BUKAN Miskin / Miskin Tegar.
Apa itu Bantuan eWallet? Ketahui info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN SKAS : SEMAK STATUS BANTUAN SARAWAK ONLINE
APA ITU BANTUAN EWALLET
Kerajaan negeri telah memperkenalkan Bantuan e-Wallet khas kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana sebagai bantuan yang dikreditkan tanpa tunai (cashless) ke dalam akaun e-Wallet dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan untuk pembelian keperluan asas.
Kini, Bantuan SARA pula bakal dilaksanakan dalam bentuk tunai secara sekaligus kepada 8 juta penerima yang merupakan penerima STR pada tahun 2025 melalui pengkreditan tunai yang bernilai RM150 dan RM300 (tertakluk kepada kelayakan).
TARIKH BAYARAN BANTUAN EWALLET RM450
Pembayaran Bantuan e-Wallet adalah setiap 5 hari bulan dan bayaran Bantuan SARA kepada 8 juta akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank dan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat dari tarikh tersebut.
JENIS BAYARAN | TARIKH |
---|---|
Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | 9 Disember 2024, Isnin |
Kredit ke dalam akaun bank penerima | Bermula 9 Disember 2024, Isnin |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM450
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SARA dan amaun yang bakal diterima :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori :
- Isi Rumah : RM300;
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM150;
- Bujang : RM150.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
SEMAKAN BANTUAN RM450 2024
Penerima yang layak menerima Bantuan SARA secara sekaligus adalah mereka yang lulus Bantuan STR. Namun, semakan kelayakan boleh dilakukan menerusi portal rasmi seperti berikut :
Panduan lengkap Semakan Status Penerima Bantuan SARA RM450 Secara Online :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN RM450
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF), tiada sebarang permohonan yang perlu dibuat untuk menerima Bantuan SARA secara sekaligus kerana kelayakan bantuan ini adalah secara automatik khas untuk rakyat yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 dan tiada dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin atau Miskin Tegar.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
Very use full for we all family
Semak bantuan ewalet
Tiada pekerjaaan
Kerja kebun… 1mingu krja ²hri.. Tu pown tungu owg pgl krja…. Beli barang pwn kadang2 hutng dlu.
Assalamulaikum… Madani terbaik.