PORTAL PEKEBUN KECIL RISDA (SEMAKAN STATUS BANTUAN ONLINE)
Bantuan kewangan untuk Pekebun Kecil RISDA akan disalurkan juga pada tahun 2024 sama seperti tahun-tahun sebelum ini yang menyalurkan bantuan semasa musim tengkujuh khas kepada pekebun dan penoreh getah di bawah RISDA.
Apa itu bantuan pekebun kecil dan cara semakan status online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KEMASKINI STR 2025 (BANTUAN ONLINE)
APA ITU BANTUAN PEKEBUN KECIL RISDA
Bantuan Pekebun Kecil adalah merupakan bantuan yang disalurkan oleh pihak RISDA kepada pekebun-pekebun kecil dan penoreh yang berdaftar sebagai bantuan untuk meringankan bebanan yang akan dihadapi oleh pekebun semasa bencana musim tengkujuh.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN PEKEBUN KECIL RISDA
Setiap pekebun kecil dan juga penoreh yang berdaftar serta menepati syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh pihak RISDA bagi tahun 2024, akan menerima bantuan kewangan berjumlah sehingga RM800 bagi setiap individu.
BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN PEKEBUN KECIL
Pembayaran Bantuan kewangan yang bernilai RM800 kepada pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA adalah secara ansur berperingkat selama tempoh empat (4) bulan yang akan bermula pada bulan November 2024 sehingga bulan Februari 2025 (tertakluk kepada tarikh kelulusan).
BAGAIMANAKAH BANTUAN PEKEBUN KECIL DIBAYAR
Pihak RISDA akan membayar Bantuan kewangan yang bernilai RM800 kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang layak melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan dalam sistem e-BMT.
APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Pekebun Kecil RISDA :
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA;
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar;
- Pemilik tanah yang sah;
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).
PORTAL PEKEBUN KECIL RISDA SEMAKAN STATUS
Berikut merupakan panduan semakan status Bantuan Pekebun Kecil secara online di Portal RISDA :
- Sila layari laman Portal Rasmi RISDA di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor kad pengenalan / ID.
- Kemudian, masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
- Klik pula pada butang [Log Masuk] di bawah.
- Bahagian maklumat pengguna akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada [Semakan Status Permohonan].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi RISDA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Hotline RISDA : 03-425 64 022.
- Laman RISDA : https://helpdesk.risda.gov.my/
Saya nk mohon mykasih