MYSTR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Penyasaran semula subsidi telah membolehkan kerajaan meningkatkan pemberian tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada isi rumah dengan kenaikan hampir dua puluh lima peratus, disertai dengan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai sokongan tambahan.
Bagaimanakah semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 di Portal MySTR? Ikuti info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN STR FASA 2
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
FUNGSI PORTAL MYSTR
Portal MySTR merupakan medium rasmi untuk segala urusan berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti:
- Permohonan Baharu;
- Kemas Kini Permohonan;
- Permohonan Rayuan;
- Perubahan Maklumat Asas Permohonan;
- Semakan Status Permohonan [lulus atau tidak] Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Cetakan Permohonan;
- Tukar Kata Laluan Portal;
- Maklum Balas – Peti Mel.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 DI PORTAL MYSTR
Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 SECARA ONLINE DI PORTAL MYSTR
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN PORTAL MYSTR
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
TARIKH PENYALURAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025. Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa. |
Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 2
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 masih belum diumumkan. Maklumat mengenai pembayaran akan dikemaskini dari masa ke semasa.
CARA PENYALURAN BANTUAN STR FASA 2
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf
Saya mahu buat semakan dan jika tiada mohon buat pendaftaran