MY KASIH SEMAKAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM1200 & RM2400)

MY KASIH SEMAKAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM1200 & RM2400)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 kini ditambahbaik dengan pemberian bantuan sehingga RM2,400 setahun kepada kategori isi rumah untuk membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih di pasar raya terpilih.

Bagaimanakah semakan status penerima my kasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN LESEN PERCUMA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN MY KASIH

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) My Kasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

KAEDAH SEMAKAN MY KASIH

Semakan status kelayakan My Kasih boleh semak melalui beberapa kaedah seperti berikut :

  • Secara Fizikal :
    • Di Pejabat Hasil berdekatan;
    • Di Kaunter Pembayaran kedai berdaftar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menggunakan MyKad;
  • Secara Online :
    • Di Portal Rasmi SARA dan STR;
    • Di Aplikasi MyKasih

PANDUAN SEMAKAN MY KASIH ONLINE

Status kelayakan My Kasih boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

CARA GUNA MY KASIH

Panduan lengkap cara guna elaun My Kasih dalam MyKad :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG MY KASIH

Berikut merupakan kategori dan jenama barang yang diluluskan di bawah Program My Kasih dan boleh dibayar menggunakan MyKad :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Lantai / Pinggan Mangkuk
  • Makan Sejuk Beku : Ayam Beku / Makanan Laut Beku / Nugget

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : s[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

2 thoughts on “MY KASIH SEMAKAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM1200 & RM2400)”

  1. SAYA HANYA DAPAT BANTUAN RM100 UNTUK BELI BARANGAN DAPUR DARIPADA KERAJAAN MADANI. BANTUAN RM600, RM900 & RM1, 200 SAYA TAK DAPAT

    Reply

Leave a Comment