MYKASIH ONLINE SEMAKAN 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)

MYKASIH ONLINE SEMAKAN 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50)

Setiap individu yang disahkan layak menerima Bantuan MyKasih akan menerima elaun bulanan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) khusus digunakan untuk mendapatkan barangan asas yang diluluskan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima mykasih 2026 secara online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYSTR FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH

Elaun bulanan MyKasih akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :

KAEDAH BAYARANTEMPOH BANTUAN
MyKad (Kad Pengenalan)12 Bulan
(Januari sehingga Disember)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Syarat kelayakan My Kasih 2026 ialah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

AMAUN KELAYAKAN MYKASIH

Kadar kelayakan MyKasih 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABUKAN EKASIHBERSTATUS EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

PORTAL SEMAKAN MYKASIH ONLINE

Status kelayakan MyKasih boleh di semak secara online di Portal :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

CARA SEMAKAN MYKASIH ONLINE

Panduan lengkap semakan status kelayakan MyKasih secara online adalah seperti berikut :

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Cara Semak Status Kelayakan di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. Seterusnya, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. ⁠Selesai.

Cara Semak Status Kelayakan di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Halaman Utama Log Masuk MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Tekan (Semak Status Permohonan STR).
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment