JADUAL STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Sasaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa adalah untuk membantu meningkatkan kedayatahan kewangan rakyat terutamanya dalam musim sambutan hari perayaan besar di Malaysia.
Bagaimanakah semakan jadual STR Fasa 2? Ketahui info lebih lengkap di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH RM200 SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
CARA BAYARAN BANTUAN STR 2025
Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada setiap fasa adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :
- Melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
- Melalui kaunter tunai cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi penerima yang tiada akaun bank.
JADUAL STR FASA 2 2025
Berikut merupakan jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
FASA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) | 22 hingga 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | 3 April dan berperingkat |
Ketiga (3) | Belum diketahui |
Keempat (4) | Belum diketahui |
KADAR BANTUAN STR FASA 2 2025
Setiap kategori akan menerima kadar bayaran yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN KESELURUHAN 2025 | BAYARAN FASA 1 | BAYARAN FASA 2 |
---|---|---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Semua : RM500 | RM150 hingga RM650 (tertakluk bil. anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | RM150 hingga RM350 (tertakluk bil. anak) | RM100 hingga RM300 (tertakluk bil. anak) |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 | RM150 | RM150 |
Bujang | RM600 | RM150 | RM150 |
PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 2 2025
Semakan status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 hanya boleh dilakukan melalui laman rasmi seperti panduan di bawah :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.
Saya berulangkali Cuba online daftar tapi langsung tidak dapat masuk ingin memohon warga emas bujang
Ok