CHECK STATUS STR SECARA ONLINE (FASA 4 2024)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah berada di pembahagian untuk Fasa 3. Penerima boleh mula menyemak status pembayaran pada bulan Ogos ini. Notis mengenai bayaran STR Fasa 4 ini telah dimaklumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan, iaitu bermula 7 November 2024. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berjadual mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah check status STR secara online? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN JPN MYKID : CHECK IC ANAK
CHECK TARIKH BAYARAN
Wang STR akan diagihkan secara berperingkat mengikut kaedah pembayaran. Penerima sedia ada akan diberi keutamaan mendapat bayaran, kemudian penerima rayuan dan penerima baharu. Rujuk tarikh yang telah ditetapkan berikut bagi mengelakkan kekeliruan.
- Mempunyai akaun bank
- Penerima sedia ada – 7 November 2024.
- Penerima rayuan/baharu – 7 November.
- Tidak mempunyai akaun bank
- Penerima sedia ada – mulai 7 November 2024.
- Penerima rayuan/baharu – mulai 7 November 2024.
CHECK STATUS STR SECARA ONLINE
Maklumat berkenaan STR boleh disemak secara online melalui portal yang telah disediakan. Berikut adalah panduan untuk check status STR:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sekiranya pemohon lupa kata laluan, rujuk cara dapatkan kata laluan di bawah.
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat STR yang telah diisi oleh pemohon.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN
Kata laluan/password boleh dibuat sekiranya pemohon lupa kata laluan asal. Pemohon akan diberikan panduan untuk membuat kata laluan baharu seperti di bawah:
- Layari laman web STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan No. MyKad seperti biasa.
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak].
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
- Klik butang [Seterusnya].
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya].
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya].
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang [Tukar Kata Laluan].
- Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]
Saya tidak dapat buat semakan str
Kad bank kena block
Semakan kelulusan STR 2024 sahaja
Tidak dapat cari semakan STR 2025