CHECK BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Mulai 7 November 2024 (Khamis) ini, Bantuan Tunai STR fasa yang keempat (4) akan mula dibayar kepada hampir 8.7 juta penerima sedia ada dan juga penerima baharu (yang berstatus layak) melibatkan peruntukan bernilai sebanyak 1.7 billion ringgit (RM).
Bagaimanakah check status bantuan tunai str fasa 4? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH ONLINE (2024)
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Pembayaran Bantuan Tunai STR fasa keempat (4) kepada penerima adalah pada tarikh seperti jadual di bawah :
JENIS PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 |
---|---|
Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | 7 November 2024 (Khamis) |
Secara pengkreditan ke dalam akaun bank penerima | Bermula 7 November 2024 (Khamis) secara berperingkat mengikut bank penerima |
AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Bantuan Tunai STR bagi fasa keempat (4) akan dibayar kepada penerima dengan amaun yang berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | AMAUN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Bergantung bilangan anak : Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Bergantung bilangan anak : Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM350 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | AMAUN BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024 |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM100 |
Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) | RM150 |
JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Dianggarkan jumlah penerima Bantuan Tunai STR bagi fasa keempat (4) semakin bertambah ketimbang fasa ketiga (3) oleh kerana permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan, jumlah penerima keseluruhan adalah seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH PENERIMA BANTUAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 3.1 juta penerima |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 1.0 juta penerima |
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | 3.4 juta penerima |
Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas (warga emas) | 1.3 juta penerima |
CHECK BANTUAN TUNAI STR FASA 4 2024
Untuk mengetahui status kelayakan bayaran Bantuan Tunai STR fasa keempat (4), ikuti cara semakan di bawah :
- Sila layari laman rasmi STR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan ruangan ‘No. Kad Pengenalan’ tanpa tanda sengkang (-).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pula pada butang [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya Frasa tersebut betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.