SEMAKAN JPN MYKID : CHECK IC ANAK
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa permohonan MyKid akan dibuka semula di semua pejabat. Ibu bapa yang ingin membuat MyKid boleh ke pejabat JPN di cawangan-cawangan yang berdekatan untuk membuat permohonan.
JPN turut memaklumkan sekiranya ada keperluan menggunakan MyKid untuk sebarang urusan sepanjang tempoh penangguhan, ibu bapa juga boleh menggantikan MyKid dengan dokumen surat beranak.
Bagaimanakah buat semakan JPN MYKID? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : HARGA TIKET MASUK PETROSAINS (TERKINI 2024)
TARIKH SEMAK JPN MYKID
Tarikh semak MyKid boleh dibuat bila-bila masa.
Ibu bapa yang ingin membuat MyKid boleh mula mohon pada 29 Julai 2024.
Ibu bapa diminta untuk membawa dokumen yang diperlukan dan hadir ke cawangan-cawangan JPN yang berdekatan tanpa membuat temu janji. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
- Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
SEMAKAN MYKID
Semakan status IC anak boleh dilakukan secara dalam talian sahaja di laman web JPN seperti di bawah:
- Sila layari pautan rasmi JPN di http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/.
- Pemohon perlu memasukkan nombor MyKid anak dan kod captcha di sebelah kanan.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Pemohon akan dipaparkan dengan status permohonan sama ada MyKid sedia untuk diambil atau masih dalam proses.
- Selesai.
Ibu bapa perlu peka terhadap status permohonan IC supaya tidak terlepas tempoh ambilan seperti:
- Sudah buat permohonan My Kid (ada slip) – Status : Sedia diambil.
- Sudah buat permohonan (ada slip) – Status : Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan My Kid.
- Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MKid – Status : Perlu datang untuk buat permohonan di JPN.
- Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran & buat permohonan My Kid di JPN.
RUJUKAN
Sekiranya ibu atau bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai permohonan IC, boleh rujuk pihak JPN seperti berikut:
- Portal Rasmi JPN : https://www.jpn.gov.my/my/
- No. telefon : 03-8000 8000
- No. Faks : 03 8880 8288
- E-mel Rasmi JPN : [email protected]