CHECK BAYARAN SARA ONE OFF (2024 ONLINE RM300/RM150)
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan TUNAI Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak dan lulus permohonan pada tahun 2024.
Bagaimanakah check bayaran sara one off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
Baca juga: SENARAI PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah one off 2024 ini khas kepada semua penerima STR 2024 dimana yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar juga akan turut menerima bantuan ini, dan kelayakan bantuan adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024.
Bantuan ini merupakan bantuan one off (sekali bayar) sebanyak RM300/RM150 bergantung kepada kategori kelayakan individu. Kaedah pengagihan bantuan ini adalah secara TUNAI, dan sama seperti STR, iaitu melalui pengkreditan ke akaun atau penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus. Untuk semakan status pembayaran dan kelulusan SARA, ia boleh dibuat melalui kaedah yang sama seperti STR.
CARA CHECK BAYARAN SARA ONE OFF
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
KADAR BAYARAN SARA
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA (STR BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH CHECK BAYARAN SARA MASUK
Dianggarkan sebanyak 8 juta penerima akan menerima bayaran ini. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), pembayaran akan disalurkan secara berperingkat bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin).
Semakan kelayakan dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan ini adalah sama seperti STR iaitu:
- Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
- Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Macam mana nak mohon ya
Jika acc bank block macamana pembayaran dibuat ya? Adakah boleh direct tuntut di Cawangan BSN?
Tak masuk² lagi kena tunggu lama lagi ke?