CHECK BANTUAN E WALLET 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan e wallet merupakan inisiatif bantuan tanpa tunai (cashless). Begitu juga dengan bantuan MyKad, di mana bantuan disalurkan terus ke dalam MyKad penerima untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah check bantuan e wallet 2025 layak atau tidak? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN E WALLET 2025
Bantuan tanpa tunai ini merupakan bantuan tambahan (SARA) diberikan kepada mereka yang lulus dan penerima STR, dan juga kepada pendaftar lulus eKasih (tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri). Inisiatif ini akan disalurkan secara tanpa tunai kedalam MyKad penerima yang layak, dimana bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit/pasaraya berdaftar SARA/MYKASIH.
CHECK BANTUAN E WALLET 2025 LULUS
Semakan kelayakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih
- Portal Rasmi STR
- Penerima STR 2025, BUKAN eKasih
Panduan Lengkap Semakan Kelayakan di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan [Semak Status.
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik Semakan Status.
- Status kelayakan penerima akan dipapar.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Kelayakan di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar.
- Selesai.
CHECK TARIKH BAYARAN DAN TEMPOH PENGAGIHAN BANTUAN E WALLET 2025
Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN | TEMPOH PENGAGIHAN |
---|---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 | Selama 12 Bulan |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 | Selama 9 Bulan |
KEGUNAAN DUIT BANTUAN BULANAN
Bantuan bulanan dalam MyKad boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas yang berlabel SARA/MYKASIH seperti berikut:
- Beras/Telur/Minyak masak
- Roti/Tepung/Biskut
- Mi segera/Minuman dan makanan dalam tin
- Bahan perasa
- Produk kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan
CARA PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN BARANG KEPERLUAN ASAS
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
KADAR BANTUAN
Jumlah bantuan kepada penerima eKasih dan penerima STR adalah berbeza seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM100 sebulan) |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf
Assalamualaikum pn/en bantuan ewallet, bantuan sara Dan adakah sy layak my kasih semakan. Semakan kelayakan sumbangan asas rahmah (SARA) layak atau tidak.
Saya nak check bantuan sara ada terima kah