CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pemegang MyKad yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Bantuan Tunai bernilai RM50 dan RM100 setiap bulan dalam MyKad yang boleh digunakan untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah cek status bantuan rm100 mykad layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN KERAJAAN TERKINI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN MYKAD 2025

Bantuan MyKad adalah di bawah program MyKasih yang disalurkan khusus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima untuk digunakan sebagai kad yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

Inisiatif Bantuan MyKad memudahkan kerajaan mengenalpasti penerima yang layak sekaligus dapat memudahkan penerima untuk menerima dan menggunkan bantuan secara tanpa tunai dengan selamat, cekap dan telus tanpa sebarang ketirisan.

KEGUNAAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu
beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

*Namun sekiranya jumlah pembelian melebihi had bantuan, penerima perlu membayar lebihan bakinya sendiri.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025

Antara syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad adalah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN MYKAD 2025 DISALURKAN

Bantuan yang akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada tahun 2025 adalah mengikut jumlah seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan;
    • Warga Emas : RM100 setiap bulan;
    • Bujang : RM50 setiap bulan.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan;
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan;
    • Bujang : –

CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2025

Ikuti panduan cek status pada pautan portal rasmi di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “CEK BANTUAN RM100 MYKAD 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment