BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 1) : CEK SENARAI NAMA PENERIMA
Pemberian bantuan tunai oleh kerajaan adalah sokongan bantuan dari segi kewangan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi golongan yang memerlukan dalam menguruskan keperluan harian mereka.
Bagaimanakah cek senarai nama penerima bayaran sumbangan tunai rahmah 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (STR FASA 1) : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA
APA ITU BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah kesinambungan program bantuan tunai sebelumnya, seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dengan matlamat utama untuk meringankan kos sara hidup serta mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA LULUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Kelayakan permohonan bantuan STR 2025 seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Panduan lengkap semakan pembayaran STR bagi fasa satu (1) 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan] dan [Maklumat Pembayaran Fasa 1] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 1
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan STR Fasa 1 STR 2025 masih belum diumumkan lagi. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
CARA PENGAGIHAN DUIT BANTUAN STR 2025
Bantuan STR akan diagihkan secara berperingkat/berfasa dan akan disalurkan melalui:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf