SEMAK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA

SEMAK BANTUAN SARA 2025 : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA

Terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat yang memerlukan, terutamanya sokongan kewangan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang bertujuan meringan kos sara hidup dan memenuhi barangan keperluan asas rakyat.

Bagaimanakah semak bantuan sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 1) : CEK SENARAI NAMA PENERIMA

APA ITU BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah inisiatif di bawah Program MyKasih, hasil kerjasama dengan kerajaan, yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.

Bantuan ini juga merupakan sumbangan tambahan serta lanjutan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dimana bantuan ini akan disalurkan secara automatik kepada penerima bantuan STR 2025 (mengikut data lulus STR 2025), dan kumpulan miskin/miskin tegar eKasih, tanpa sebarang permohonan.

Dibawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima yang lulus dan maklumat bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS BANTUAN SARA 2025

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:

  • Beras / Telur / Minyak masak
  • Roti / Tepung / Biskut
  • Minuman
  • Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

KADAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025

Jumlah bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM100 sebulan)
Bujang

KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN SARA

Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

NEGERIKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung MalaysiaPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima,
dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank
atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

TARIKH MASUK BAYARAN SARA 2025

Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf

Leave a Comment