BAYARAN STR TAMBAHAN 2026 : PANDUAN LENGKAP SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON
Bantuan STR tambahan diberikan kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan. Kadar bayaran diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semakan bayaran str tambahan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKASIH 2026 RM100 SEMAK : STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN STR TAMBAHAN
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah ialah bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Manakala, bantuan STR tambahan merujuk kepada program lanjutan STR yang diberikan sebagai tambahan kepada setiap penerima STR setiap bulan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Kelayakan bantuan tambahan ini adalah secara automatik berdasarkan data lulus STR 2026, serta rekod data eKasih.
TIPS LULUS BAYARAN STR TAMBAHAN
Untuk melayakkananda menerima bantuan tambahan STR, anda perlu mengikuti tips berikut :
- Mohon dan Lulus sebagai penerimaSumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Berdaftar di Sistem eKasih (sekiranya Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan semasa).
KADAR BAYARAN STR TAMBAHAN 2026
Jumlah bantuan STR dan Bantuan Tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR 2026, adalah seperti berikut :
- Jumlah Bayaran STR :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
| Bujang | Bayaran diganti dengan SARA (RM50 Setiap Bulan) |
- Jumlah Bayaran STR Tambahan (SARA) :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 x 12 Bulan (RM2,400 Setahun) | RM100 x 12 Bulan (RM1,200 Setahun) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM200 x 12 Bulan (RM1,800 Setahun) | RM50 x 12 Bulan (RM600 Setahun) |
| Bujang | RM100 x 12 Bulan (RM1,200 Setahun) | RM50 x 12 Bulan (RM600 Setahun) |
SEMAK STATUS KELAYAKAN STR TAMBAHAN 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, Status kelayakan STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MOHON STR TAMBAHAN 2026
Untuk melayakkan anda menerima STR tambahan, anda mestilah layak menerima bantuan STR. Panduan lengkap cara mohon bantuan STR adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai STR Tambahan (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026