BAYARAN BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200)

BAYARAN BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200)

Bantuan Budi Madani adalah merupakan inisiatif Subsidi Diesel individu adalah merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanakah semakan bayaran Budi Madani? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN ONLINE : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM2100)

APA ITU BUDI MADANI

Bantuan Budi Madani diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang mempunyai kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

JUMLAH BAYARAN BUDI MADANI 2025

Pembayaran Bantuan Budi Madani adalah dengan jumlah sebanyak berikut :

PERKARAJUMLAH BAYARAN
Bantuan Budi MadaniRM200 setiap bulan

TARIKH BAYARAN BUDI MADANI 2025

Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan Budi Madani mengikut permohonan :

  • Januari hingga Jun :
TARIKH PERMOHONAN
BUDI MADANI
PELAKSANAAN BAYARAN
Januari7 Februari 2025 (Jumaat)
Februari7 Mac 2025 (Jumaat)
Mac11 April 2025 (Jumaat)
April9 Mei 2025 (Jumaat)
Mei6 Jun 2025 (Jumaat)
Jun7 Julai 2025 (Jumaat)
  • Julai hingga Disember :
TARIKH PERMOHONAN
BUDI MADANI
PELAKSANAAN BAYARAN
Julai8 Ogos 2025 (Jumaat)
Ogos8 September 2025 (Isnin)
September8 Oktober 2025 (Rabu)
Oktober7 November 2025 (Jumaat)
November5 Disember 2025 (Jumaat)
Disember9 Januari 2025 (Jumaat)

CARA BAYARAN BUDI MADANI 2025

Terdapat dua (2) cara pembayaran Bantuan Budi Madani, iaitu :

  • Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BUDI MADANI 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Budi Madani :

  • Syarat Pemohon :
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu dan pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
  • Syarat-Syarat Pemilikan Kenderaan :
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  • Syarat Tambahan Tidak Layak BUDI :
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BUDI MADANI 2025

Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Budi Madani, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi BUDI MADANI di pautan ini : https://budimadani.gov.my/.
  2. Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] di atas.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  6. “Kata kunci keselamatan anda” akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] sekiranyan kata kunci yang dipaparkan adalah betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan dengan betul.
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  10. Status bayaran BUDI MADANI akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Budi Madani, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf.

2 thoughts on “BAYARAN BUDI MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200)”

  1. Sya mahu kemas kini saya punya status bantuan str saya sebab saya tukat acc bak dan tukar alamat yang selarang yang lama dah tak guna lagi sya alamat email yang selarang ini..saya mahu kemas kini sebab saya tak boleh nak log msuk sebab kata laluan pun saya dah tak ingat..sebab tu saya mahu kemas kini sya punya permohonan BANTUAN STR sya tu

    Reply

Leave a Comment