STR FASA 2 2025 TARIKH BAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi individu yang telah mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan telah disahkan kelulusan sebagai penerima pastinya tertunggu-tunggu bayaran fasa ke-2 pada tahun ini yang mana ianya bakal dibayar tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan str fasa 2 tarikh bayaran? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN BUDI MADANI : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK (RM200)
JENIS PENERIMAAN BAYARAN STR FASA 2 2025
Penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ke-2 adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
STR FASA 2 2025 TARIKH BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ke-2 adalah dijadualkan pada tarikh seperti berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional | Mulai 3 April 2025 |
Melalui Akaun Bank | 3 April 2025 dan berperingkat |
STR FASA 2 2025 WAKTU BAYARAN
Berikut merupakan waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain Bank : Selepas 10 malam.
*Bagaimanapun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu dan akan mengambil masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ke-2 adalah dianggarkan seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025
Ikuti cara semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bayaran fasa ke-2 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.