TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi mengurangi bebanan rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 dengan menambah peruntukan sehingga 30% dan bayaran seterusnya adalah untuk fasa yang kedua (2).
Bilakah tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 2? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP TERBARU : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3
PROSES BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :
- Melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
- Melalui pemberian tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Bantuan STR Fasa 2 akan dibayar pada tarikh berikut :
CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 24 Mac 2025 |
Akaun bank Penerima | Mulai 24 Mac 2025 dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan Bantuan STR bagi tahun 2025 kepada setiap kategori :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Ikuti cara semakan status sebagai penerima Bantuan STR Fasa 2 melalui pautan portal rasmi berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Bantuan STR LHDN | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan STR LHDN di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.
My STR 2025
Semakan status layak atau tidak penerima
My STR 2025 layak atau tidak