BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900)

BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900)

Kos sara hidup yang semakin meningkat menjadikan rakyat terutamanya golongn miskin dan miskin tegar terbeban. Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri Sabah memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan melalui Bantuan Sabah Prihatin.

Bagaimanakah semakan status bayaran Bantuan Sabah Prihatin? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH SABAH : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025

Pembayaran Bantuan Sabah Prihatin adalah secara elaun bulanan dan bulan pertama (1) dibayar bermula pada tarikh :

PERKARATARIKH BAYARAN
Bantuan Sabah Prihatin17 Februari 2025, Isnin
*Nota : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025

Jumlah Bantuan Sabah Prihatin yang dibayar secara elaun bulanan adalah sebanyak RM300 setiap bulan. Namun, pembayaran yang pertama (1) dibayar dengan jumlah sebanyak RM900 untuk selama 3 bulan terus kepada penerima yang layak.

BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025

Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Sabah Prihatin yang pertama (1) adalah seramai 100,000 ribu rakyat Sabah merangkumi ketua isi rumah dan ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025

PERKARAPAUTAN
PORTAL RASMI SEMAKAN STATUShttps://ekasih2.icu.gov.my/
  1. Layari pautan Portal Rasmi Semakan Status di atas.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  3. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025

Penerima bayaran Bantuan Sabah Prihatin mestilah menepati kriteri kelayakan berikut :

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin eKasih.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.

3 thoughts on “BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900)”

  1. saya tiada potongan kwsp,saya tiada pekerjaan tetap,saya tiada perniahaan..bagaimana boleh tidak tersenarai miskin?

    Reply
  2. sya ibu tunggal 2 ank tapi tak tersenarai dapatkan bantuan sabah.katanya kerajaan bagi bantuan untuk golongan memerlukan dan miskin tapi kenapa sya tak dapat teraenarai dalam e-kasih golongan miskin?

    Reply

Leave a Comment