BANTUAN STR 2025 (PERMOHONAN/ KEMASKINI ONLINE)
Untuk makluman anda, bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan mengurangkan beban kos sara hidup, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Matlamat program bantuan tunai ini adalah untuk menyediakan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan serta memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
Bagaimanakah bantuan str 2025? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga : PERMOHONAN BANTUAN SARA (MOHON ONLINE)
APA ITU BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) adalah salah satu insiatif bantuan kewangan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), bagi meringankan beban kewangan dan mengurangkan kos sara hidup penerima yang layak.
STR adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
Bagi tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini. Sekitar sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara akan terus mendapat manfaat daripada peningkatan ini.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon yang mempunyai kriteria syarat kelayakan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
- anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
PERMOHONAN BANTUAN STR 2025
Panduan lengkap permohonan bantuan STR 2025 seperti berikut:
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), klik pautan disini https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi STR dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit (aplikasi ini tidak tersedia pada platform IOS)
- Permohonan Melalui Borang Kertas
- Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati di Portal Rasmi STR.
- Di Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL yang berdekatan.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN STR 2025
Anda boleh mula memohon bermula pada tarikh seperti berikut:
Permohonan STR 2025 akan dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024.
TARIKH KEMASKINI
Penerima sedia ada boleh lakukan kemaskini secara online bermula pada tarikh yang dinyatakan berikut:
Kemaskini maklumat Permohonan STR boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024.
KEMASKINI BANTUAN STR 2025
Panduan lengkap cara kemaskini bantuan STR 2025 online seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama MySTR.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) di ruangan No. Kad Pengenalan.
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Halaman akan paparkan:
- Kemas Kini Permohonan.
- Cetakan Permohonan.
- Semakan Permohonan.
- Tukar Kata Laluan.
- Maklum Balas.
- Untuk Kemas Kini, sila tekan pilihan [Kemas Kini Permohonan] sebelah kiri paparan skrin anda.
- Sekiranya terdapat perubahan maklumat seperti bilangan anak, status perkahwinan, jumlah pendapatan dan lain-lain, sila update di bahagian [Maklumat Pemohon].
- Jika tiada perubahan, anda boleh semak semua butiran atau maklumat yang diisi adalah lengkap dan benar untuk memastikan status permohonan anda tidak tercicir.
- Setelah selesai Kemaskini dan Semakan, anda boleh klik [Teruskan].
- Pengguna akan dibawa ke bahagian Pengesahan.
- Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan klik “SAHKAN CAPTCHA”.
- Seterusnya, tandakan pengakuan untuk paparan bahagian Hantar.
- Kemudian, jika sudah semak semua maklumat dengan teliti untuk kemaskini perubahan atau semakan maklumat pemohon, tekan butang [Hantar].
- Kemaskini anda telah berjaya!
- Selesai.
PEMBAYARAN BANTUAN STR
Kaedah pembayaran STR bagi penerima bantuan adalah seperti berikut:
Mengunjungi Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh diambil di cawangan BSN.
Pengkreditan ke Akaun Bank : Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected].
Adakah penerima str 2024 perlu memohon semula str 2025?
Perlu kemaskini permohonan sama ada update maklumat tambahan atau semak maklumat lama. Tapi pastikan update supaya tidak tercicir.
17/11/2024