KEMASKINI BANTUAN STR 2025 (UPDATE ONLINE MAKLUMAT TERKINI)
Permohanan bantuan STR 2025 bakal dibuka mulai Oktober ini, diikuti dengan pembayaran. Kepada yang belum membuat pengemaskinian maklumat, dan mempunyai sebarang pertukaran maklumat terkini hendaklah membuat kemaskini maklumat terkini dengan kadar segera untuk melancarkan proses bayaran bantuan.
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan lengkap mengenai pengemaskinian bantuan.
Bagaimanakah kemaskini bantuan str 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BORANG BANTUAN PERSEKOLAHAN (DOWNLOAD ONLINE 2025)
CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2025
Kemaskini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:
- Secara online di Portal Rasmi STR LHDNM di pautan, https://bantuantunai.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
BORANG KEMASKINI MAKLUMAT
Borang kemaskini maklumat permohonan STR boleh di dapati seperti berikut:
- Portal Rasmi STR LHDNM
- Klik bahagian Menu
- FAQ 2025
- Pilih Borang
- Muat turun Borang Kemaskini Maklumat Permohonan STR 2025
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
PANDUAN KEMASKINI BANTUAN STR 2025
Panduan lengkap kemaskini STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang kemaskini setelah berjaya log masuk MySTR.
- Lengkapkan maklumat pemohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] ruangan berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Tekan butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Tekan butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
- mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH KEMASKINI BANTUAN STR 2025
Kemaskini maklumat permohonan bantuan STR boleh dilakukan bermula 19 Oktober 2024, dan sepanjang tahun 2025.
SYARAT KEMASKINI
Pemohon yang diwajibkan untuk mengemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Kepada yang belum kemaskini 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan 2024 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan.
- Kepada yang mempunyai perubahan maklumat terkini.
- Kategori Warga Emas dan Pedalaman, sekiranya mempunyai perubahan maklumat terkini.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]