BANTUAN STR 2025 TARIKH BAYARAN FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pihak Kerajaan MADANI amat prihatin terhadap keperluan golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) dalam mengharungi beban kos sara hidup, terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri. Oleh itu, bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dilaksanakan sebelum perayaan Aidilfitri.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan STR dan bilakah tarikh bayaran fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR TARIKH BAYARAN FASA 2 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2
Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR |
---|---|
Penerima ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima |
Penerima tiada akaun bank | Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan |
BANTUAN STR 2025 TARIKH BAYARAN FASA 2
Tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah berperingkat seperti berikut :
KAEDAH PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Kredit dalam akaun bank penerima | 24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat |
AMAUN BANTUAN STR 2025 BAYARAN FASA 2
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah mengikut kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM150 – RM650 (Bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM100 – RM300 (Bergantung jumlah anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
PAUTAN LAMAN RASMI BANTUAN STR 2025
Berikut merupakan pautan laman rasmi Bantuan STR LHDN 2025 :
PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2025 BAYARAN FASA 2
Mungkin anda antara 8.5 juta penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bayaran Fasa 2. Ketahui status kelayakan anda melalui semakan berikut :
- Layari laman rasmi Bantuan STR LHDN; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Siaran%2520Media/Siaran%2520Media%2520-%2520Pembayaran%2520STR%2520Fasa%25203%25202024%2520230824.pdf&ved=2ahUKEwjcy_DStpqMAxXgcWwGHQ_XKE8QFnoECCoQAQ&usg=AOvVaw3YBV8ryuSj3QsbbSyFwLiD.