BANTUAN SARA HIDUP 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN SARA HIDUP 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pelbagai cara kerajaan dalam membantu masalah kewangan rakyat terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup antaranya dengan mengagihkan bermacam bentuk Bantuan Sara Hidup secara bersasar bagi sepanjang tahun supaya dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi rakyat.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN RAHMAH RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP

Kerajaan Madani mewujudkan Bantuan Sara Hidup yang rasminya diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya untuk komuniti berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bagi sepanjang tahun 2025 ini.

KADAR AMAUN AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 2025

Setiap penerima akan menerima agihan Bantuan Sara dengan kadar amaun seperti berikut :

PENERIMA BERSTATUS
SEDIA ADA
PENERIMA BERSTATUS
BAHARU
Bujang : RM600 setahun
Warga Emas : RM1,650 setahun
Isi Rumah : RM2,100 setahun
Bujang : –
Warga Emas : RM450 setahun
Isi Rumah : RM900 setahun
*Nota : Bagaimanapun, kadar amaun di atas akan diagihkan secara ansur dengan kadar antara RM50/RM100/RM150/RM200 setiap bulan.

TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 2025

Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan Sara kepada setiap penerima yang layak :

PENERIMA BERSTATUS
SEDIA ADA
PENERIMA BERSTATUS
BAHARU
15 Januari 2025
01Februari 2025
01Mac 2025
01April 2025
01Mei 2025
01Jun 2025
01Julai 2025
01 Ogos 2025
01September 2025
01 Oktober 2025
01November 2025
01Disember 2025
01April 2025
01Mei 2025
01Jun 2025
01Julai 2025
01 Ogos 2025
01September 2025
01 Oktober 2025
01November 2025
01Disember 2025

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima Bantuan Sara, ikuti panduan semakan status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 2025

Kerajaan telah menyelaraskan cara agihan Bantuan Sara Hidup kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana bantuan akan diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (IC) penerima khas untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless).

KEGUNAAN BANTUAN SARA HIDUP YANG DIAGIHKAN

Antara kegunaan Bantuan Sara yang diagihkan melalui kad pengenalan (IC) adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment