BANTUAN RAHMAH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN RAHMAH RM100 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Manfaat daripada penyerahan Bantuan Rahmah secara bersasar dapat membantu mengurangkan bebanan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Bagaimanakah semak status kelayakan penerima Bantuan Rahmah? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CHECK STATUS MY KASIH : SEMAKAN KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

KAEDAH PENYERAHAN BANTUAN RAHMAH RM100 2025

Penyerahan Bantuan Rahmah kepada penerima adalah secara tanpa tunai (cashless) berperingkat setiap bulan bagi membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan Rahmah, iaitu :

  • Kelayakan Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Kelayakan Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

TARIKH PENYERAHAN BANTUAN RAHMAH RM100 2025

Penyerahan Bantuan Rahmah kepada penerima yang layak adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :

  • Setiap bulan bermula 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025 :
    • Khas kepada penerima Miskin dan Miskin Tegar.
  • Setiap bulan bermula 1 April 2025 hingga 1 Disember 2025 :
    • Khas kepada penerima Asas Bukan Miskin.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH RM100 2025

Ikuti panduan cara semak status kelayakan penerima Bantuan Rahmah seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN RAHMAH 2025

Keseluruhan penerima yang layak menerima Bantuan Rahmah pada tahun 2025 adalah seramai 5.4 juta merangkumi kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan yang mana 0.7 juta golongan penerima miskin dan miskin tegar dan 4.7 juta golongan penerima asas bukan miskin.

KADAR BANTUAN RAHMAH 2025

Bukan semua penerima akan menerima Bantuan Rahmah sebanyak RM100 setiap bulan, namun setiap kategori akan menerima kadar seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 / RM200 setiap bulan;
    • Bujang : RM50 setiap bulan; dan
    • Warga Emas : RM100 / RM150 setiap bulan.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan; dan
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment