BANTUAN MYKASIH 2025 : (FASA JANUARI) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 / RM50)
Sumbangan Bantuan MyKasih bakal diperluaskan kepada penerima di Sabah dan Sarawak berbanding tahun sebelum ini hanya diberikan kepada penerima di Semenanjung Malaysia sahaja. Selain itu, kadar peruntukan Bantuan MyKasih juga ditambah daripada RM1,200 kepada RM2,100 setahun.
Bagaimanakah semak status bantuan mykasih layak atau tidak penerimaan fasa Januari? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH : (BAYARAN JANUARI) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 / RM50 SEBULAN)
BANTUAN MYKASIH 2025
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata ‘Bantuan MyKasih (SARA) merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula kepada rakyat yang benar-benar memerlukan’.
Penyaluran Bantuan MyKasih (SARA) melalui kad pengenalan (MyKad) juga bersasar kerana mekanisme tersebut untuk memastikan golongan miskin menerima manfaat dalam bentuk barang asas termasuk makanan asas setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
TARIKH AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Agihan Bantuan MyKasih adalah secara ansur berperingkat bermula dengan fasa Januari, iaitu pada tarikh :
PERKARA | TARIKH AGIHAN |
---|---|
Agihan Bantuan MyKasih Pertama | 15 JANUARI 2025, RABU |
JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Agihan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 adalah secara bersasar kepada Seramai lebih 700,000 ribu individu merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang yang bermula pada bulan Januari ini berjumlah sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYKASIH JANUARI HINGGA MAC 2025 | JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYKASIH APRIL HINGGA DISEMBER 2025 |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
WARGA EMAS | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
BUJANG | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKasih pada bulan Januari, ikuti panduan semakan status di bawah :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
*Nota : Sekiranya semakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, anda boleh membuat semakan pada pautan di bawah :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bantuan MyKasih (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
SENARAI NEGERI PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Pada tahun lalu, Bantuan MyKasih yang disalurkan setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima hanyalah khas kepada 12 negeri sahaja. Namun pada tahun 2025, kerajaan akan meluaskan kepada negeri-negeri berikut :
- Kuala Lumpur;
- Putrajaya;
- Selangor;
- Negeri Sembilan;
- Melaka;
- Johor;
- Terengganu;
- Pahang;
- Kelantan;
- Perak;
- Kedah;
- Pulau Pinang;
- Perlis;
- Sabah;
- Sarawak;
- Wilayah Persekutuan Labuan.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
Bantuan eKasih tahun ni Sya x boleh,,tahun lepas Sya dapat,,nama Sya dlm data e-Kasih,,apasal jadi MCM tu,
Nama ada dlm data e-Kasih tpi tahun ni Sya x dapat,,mohon bantuan,