BANTUAN KERAJAAN 2025 : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Hasil kerja keras dari penyelarasan subsidi bersasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat memberikan manfaat kepada hampir 9 juta rakyat dewasa Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) melalui bantuan tunai yang diperuntukan sehingga berjumlah RM13 billion.
Bagaimanakah semak senarai penerima Bantuan Kerajaan? Ketahui penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARAWAK PAY : LOGIN CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM400 & RM800)
SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2025
Terdapat dua (2) bantuan tunai daripada Kerajaan pada tahun ini, iaitu :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
KADAR AMAUN BANTUAN KERAJAAN 2025
- Amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AMAUN BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
- Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
KATEGORI PENERIMA | BANTUAN SARA (PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR) | BANTUAN SARA (PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM2,100 | RM900 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501-RM5,000 | – | RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM450 |
Bujang | RM600 | – |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN KERAJAAN 2025
- Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur berfasa sepanjang tahun.
- Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas secara ansur setiap bulan.
JADUAL BAYARAN BANTUAN KERAJAAN 2025
Pembayaran Bantuan Kerajaan dijadualkan pada tarikh seperti berikut :
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2025 | TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025 |
---|---|
Fasa 1 : 22-28 Januari 2025 Fasa2 : Belum diumumkan Fasa3 : Belum diumumkan Fasa 4 : Belum diumumkan | Penerima Miskin & Miskin Tegar : 15 Januari 2025 – Disember 2025 Penerima Asas Bukan Miskin : April 2025 – Disember 2025 |
SEMAK SENARAI PENERIMA BANTUAN KERAJAAN 2025
Ikuti panduan semakan penerima bayaran Bantuan Kerajaan melalui laman rasmi berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR & SARA MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf & https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf.