EWALLET RM100 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

EWALLET RM100 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Generasi masa kini serba canggih dengan mengenakan transaksi secara tanpa tunai (cashless). Oleh itu, kerajaan turut menyalurkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) supaya rakyat mudah menerima dan menggunakan bantuan dengan selamat.

Bagaimanakah semakan status kelayakan ewallet rm100? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN KERAJAAN : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

JENIS PENYALURAN EWALLET RM100 2025

Penyaluran bantuan kali ini bukanlah melalui aplikasi eWallet (e-Dompet) tetapi ianya disalurkan melalui kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barangan dapur secara tanpa tunai (cashless).

EWALLET RM100 2025 KELAYAKAN PENERIMA

Bantuan RM100 khas untuk yang memenuhi kelayakan berikut :

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Asas Bukan Miskin STR :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BAYARAN EWALLET 2025

Setiap penerima akan menerima jumlah bayaran seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.

SEMAKAN STATUS EWALLET RM100 2025 KELAYAKAN PENERIMA

Ketahui status kelayakan sebagai penerima mengikut panduan semakan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

1 thought on “EWALLET RM100 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN”

Leave a Comment