BANTUAN SARAWAK PAY 2025 : LOGIN CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM250 & RM400 & RM800)
Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukan sebanyak RM450 juta untuk disalurkan kepada rakyat Sarawak yang layak dan memerlukan pada suku pertama (1) tahun 2025 ini dengan kadar antara RM250 sehingga RM800 bergantung kelayakan penerima.
Bagaimanakah login check status kelayakan bantuan Sarawak Pay? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK BANTUAN SABAH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM300 SETIAP BULAN)
APA ITU BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Bantuan Sarawak diperkenalkan sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang khas untuk membantu rakyat Sarawak memenuhi barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya yang disalurkan melalui pengkreditan secara tanpa tunai ke dalam aplikasi S Pay Global.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Penyaluran pertama (1) Bantuan Sarawak (SKAS) adalah bermula pada 18 Februari 2025, Selasa khas kepada 886,288 rakyat Sarawak yang telah berjaya memohon. Bagaimanapun, bagi yang tidak tersenarai tetapi memenuhi syarat kelayakan, boleh mengemukakan permohonan bermula pada 1 Februari 2025 sehingga 1 Jun 2025 untuk penerimaan seterusnya.
KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Terdapat tiga (3) kategori yang layak menerima Bantuan Sarawak Pay :
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah :
KADAR BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Setiap penerima akan menerima kadar bantuan Sarawak yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah : RM800 dengan kadar implikasi kewangan RM328.4 juta.
- Bujang : RM250 dengan kadar implikasi kewangan RM90.3 juta.
- Warga Emas : RM400 dengan kadar implikasi kewangan RM45.8 juta.
LOGIN CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK PAY 2025
Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah untuk check status kelayakan Bantuan Sarawak (SKAS) melalui pautan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang [NEXT].
- Kemudian, klik [My Individual Account].
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Search].
- Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN LOGIN SARAWAK PAY 2025
Berikut merupakan panduan cara login / daftar Sarawak Pay :
- Sila muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
- Android: Cari SPay Global di Google Play Store.
- iOS: Cari SPay Global di App Store.
- Muat turun dan install aplikasi tersebut di telefon anda.
- Buka Aplikasi dan Pilih “Daftar”
- Setelah selesai, buka aplikasi SPay Global.
- Pada halaman utama, pilih Sign Up/Register untuk mendaftar sebagai pengguna baru..
- Isi butir-butir peribadi anda.Masukkan detail yang diminta, seperti:
- Nama Penuh (sesuai dengan IC).
- Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
- Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
- Kata laluan (Password): Buat kata laluan yang kuat dan mudah anda ingat.
- Pengesahan Nombor TelefonAnda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS ke nombor yang Anda daftarkan.
- Masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
- Setelah pengesahan OTP, anda akan diminta mengisi maklumat tambahan seperti:Nombor IC (MyKad untuk warga Malaysia).
- Tarikh Lahir.
- Pilih Jenis AkaunSarawak Pay/SPay Global memiliki dua jenis akaun:Basic Account: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah.
- Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
- Jika Anda memilih akaun Premium,ikuti ke langkah berikutnya.
- Pengesahan akaun premium (Optional)
- Untuk ke akaun Premium, Anda perlu memuatnaik dokumen berikut : Gambar IC (depan dan belakang).
- Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
- SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
- Mulai Menggunakan SPay Global
- Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk berbagai transaksi.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel:[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.
Assalamualaikum slmt mlm tuan,puan,cik dn encik sini saya ingin meminta bantuan dan bertanya bagaimana saya ingin memohon bantuan Serawak pay ini secara online….? tuan, puan cik dn encik…?