BANTUAN EWALLET RM1200 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Melihat kepada penggunaan tanpa tunai (cashless) pada masa kini dapat memudahkan ramai pihak. Oleh itu, kerajaan juga memperkenalkan inisiatif bantuan secara tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan melalui akaun aplikasi e-Wallet.
Bagaimanakah semak status bantuan ewallet rm1200 layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI TAMBAHAN : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM600 & RM1200)
APA ITU BANTUAN EWALLET RM1200
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun aplikasi e-Wallet khusus untuk penduduk di Negeri Selangor sahaja.
Dan Kerajaan Persekutuan juga telah memperkenalkan sebuah Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang juga disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pintar (IC) khusus untuk rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung.
KADAR AMAUN BANTUAN EWALLET RM1200 2025
Amaun yang dikreditkan ke dalam akaun aplikasi e-Wallet adalah sebanyak RM300 sebulan bagi setiap ketua isi rumah selama tempoh setahun bersamaan RM3,600. Manakala amaun yang dikreditkan ke dalam kad pintar (IC) adalah sebanyak RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
- Bantuan e-Wallet : RM300 sebulan sehingga RM3,600 setahun;
- Bantuan Kad Pintar (IC) : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
KEGUNAAN BANTUAN EWALLET 2025
Kedua-dua bantuan yang dikreditkan ke dalam akaun aplikasi e-Wallet dan juga dikreditkan ke dalam kad pintar (IC) adalah sama, iaitu boleh digunakan pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, kelengkapan mandian, peralatan persekolahan dan ubat-ubatan di kedai atau pasaraya terpilih.
Pembelian hanyalah secara tanpa tunai dan setiap penerima tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran bantuan tersebut secara tunai.
SEMAK STATUS BANTUAN EWALLET 2025
Semakan Status boleh dibuat melalui dua (2) pautan yang berbeza seperti berikut :
Panduan Semakan Status Bantuan e-Wallet :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Semakan Status Bantuan RM1,200 :
- Sila klik pada pautan semakan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh rujuk dan hubungi Talian hotline BINGKAS : 1-800-22-6600 & Talian hotline SARA : (603) 7720 1800.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim dan https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Devi
Devendran
Devendren
Devi