BANTUAN TUNAI TAMBAHAN 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM600 & RM1200)

BANTUAN TUNAI TAMBAHAN 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM600 & RM1200)

Kos sara hidup adalah sukar untuk dikawal namun, inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup adalah dengan memberikan Bantuan Tunai serta Bantuan Tunai Tambahan yang mengcukupi bagi sepanjang tahun 2025.

Bagaimanakah semakan layak atau tidak bantuan tunai tambahan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN 1200 B40 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH BANTUAN TUNAI TAMBAHAN 2025

Setiap penerima akan menerima Bantuan Tunai Tambahan dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • PENERIMA ISI RUMAH BERPASANGAN / ISI RUMAH TUNGGAL ADA ANAK :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH
BANTUAN TUNAI
JUMLAH
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
Isi Rumah B40RM1,000 hingga RM2,500
(bergantung bilangan anak)
RM900 hingga RM1,200
Isi Rumah M40RM500 hingga RM1,250
(bergantung bilangan anak)
RM900
  • PENERIMA BUJANG / BALU / JANDA / DUDA TIADA ANAK :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH
BANTUAN TUNAI
JUMLAH
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
Bujang BeliaRM600RM600
Bujang Warga EmasRM600RM450 hingga RM1,200

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN

Anda boleh mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Tunai Tambahan melalui semakan di laman rasmi berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bantuan Tunai Tambahan SARA akan dipaparkan.
  14. Selesai.

CARA BANTUAN TUNAI TAMBAHAN DISALURKAN

Terdapat dua (2) cara Bantuan Tunai Tambahan disalurkan, iaitu :

  1. Penyaluran Secara Tunai :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan tunai ke dalam akaun bank penerima; atau
  2. Penyaluran Secara Tanpa Tunai :
    • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima untuk pembelian secara tanpa tunai (cashless).

*Nota : Penyaluran secara tunai adalah khas untuk penerima di negeri Sabah dan Sarawak. Manakala penyaluran secara tanpa tunai pula adalah khas untuk penerima di Semenanjung Malaysia.

TARIKH BANTUAN TUNAI TAMBAHAN DISALURKAN

Berikut merupakan tarikh Bantuan Tunai Tambahan disalurkan pada tahun 2025 kepada penerima yang layak :

  • Tarikh Penyaluran Secara Tunai :
    • Februari dan Ogos 2025; dan
    • April dan September 2025.
  • Tarikh Penyaluran Secara Tanpa Tunai :
    • Januari hingga Disember 2025; dan
    • April hingga Disember 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment