BANTUAN EKASIH RM900 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN EKASIH RM900 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Untuk makluman anda, penerima bantuan STR 2025 (Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih) akan turut berpeluang menerima bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) 2025 sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan individu.

Untuk mengetahui kelayakan bantuan ini, semakan boleh dilakukan secara atas talian.

Bagaimanakah semakan status bantuan ekasih rm900 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

APA ITU BANTUAN SARA EKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA), telah disediakan oleh Kerajaan untuk memenuhi keperluan asas individu dan keluarga yang memerlukan.

Bagi tahun 2025, bantuan ini diberikan kepada dua kategori. Penerima yang layak untuk menerima bantuan ini mestilah terdiri daripada penerima bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) – yang berstatus BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih, dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di sistem eKasih.

Untuk melayakkan diri anda menerima bantuan ini, pastikan anda terlebih dahulu memohon bantuan STR dan mendaftar di sistem eKasih bagi golongan miskin.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

PANDUAN SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM900 2025 DI PORTAL MYSTR

Semakan status kelayakan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
  7. Selesai.

JUMLAH BANTUAN RM900 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih)
Isi rumahRM 1200
(sebulan RM 100)
RM 900
(RM 100 Sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(sebulan RM 100)
RM 450
(RM 50 Sebulan)
BujangRM 600
(sebulan RM 50)

TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN EKASIH RM900 2025

Pengagihan bayaran bagi penerima STR (BUKAN Miskin/Miskin eKasih akan bermula pada April 2025. Tarikh rasmi bayaran akan dikemaskini dari masa kesemasa, selepas dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

2 thoughts on “BANTUAN EKASIH RM900 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK”

  1. Asalamualaikum,Saya ingin memohun bantuan dari pehak kerajaan, Sejak kerajaan perkenalkan bantuan madani ,saya cuma dapat bantuan STR saja lain bantuantak pernah dapat jadi kerja tak ada masa sekarang saya menjaga isteri yang separuh strok sejak 2018 sampai sekarang harap pehak kerajaan dapat perhatian dgn masalah saya.

    Reply

Leave a Comment