CHECK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK BANTUAN RM100 MYKAD 2024 : SEMAK SEKARANG

MyKad (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia dicipta berasaskan cip yang boleh digunakan sebagai kad pintar untuk pembayaran secara tanpa tunai (cashless). Oleh itu, bagi memudahkan rakyat untuk menerima bantuan, kerajaan menyalurkan bantuan tunai ke dalam MyKad sekaligus dapat memudahkan kerajaan mengenalpasti individu yang benar layak.

Bagaimanakah cara check bantuan rm100 mykad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA MYKASIH : SEMAKAN STATUS FASA 1

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD

Pengkreditan Bantuan RM100 ke dalam MyKad yang terakhir adalah bermula pada tarikh 1 Disember 2024, Ahad dan mana-mana penerima yang telah menerimanya perlu menghabiskan bantuan yang masih ada dalam MyKad sebelum pada 31 Disember 2024, Selasa ini.

TARIKH MULA KREDIT
BANTUAN MYKAD
TARIKH AKHIR GUNA
BANTUAN MYKAD
1 DISEMBER 2024, AHAD31 DISEMBER 2024, SELASA

MANFAAT BANTUAN MYKAD 2024

Bagi yang menerima Bantuan dalam MyKad akan menikmati manfaat-manfaat seperti berikut :

  • Dapat digunakan untuk pembelian barang keperluan;
  • Selamat digunakan kerana mempunyai 6 digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh pemegang MyKad sahaja;
  • Pengkreditkan RM100 secara automatik setiap bulan;
  • Had pembelian RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun;
  • Sekiranya baki pada bulan terdahulu tidak dihabiskan, ia akan dibawa ke bulan seterusnya;
  • Mudah digunakan kerana secara tanpa tunai (cashless);
  • Boleh digunakan di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran.

KEGUNAAN BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Antara kegunaan Bantuan RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah untuk membeli :

  • Barang keperluan asas dapur;
  • Peralatan kebersihan dan kesihatan;
  • Barang persekolahan anak; dan
  • Ubat-ubatan.

CHECK BANTUAN RM100 MYKAD 2024

Bagi yang belum mengetahui status bayaran Bantuan RM100 ke dalam MyKad, sila ikuti panduan semakan di dua (2) pautan berbeza seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Sekiranya pautan di atas memaparkan status anda ‘Tiada dalam rekod’, anda boleh membuat semakan di pautan yang berikutnya di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
  10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment