BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Terkini! Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dibawah Program MyKasih akan diagihkan kepada penerima sehingga RM1200 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pemberian akan dilaksanakan mengikut tarikh rasmi pembayaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan, dan pembayaran akan dilakukan secara bulanan sebanyak RM100.

Untuk mengetahui jika anda layak menerima bantuan ini, semakan perlu dilakukan dan boleh dilakukan di atas talian.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bantuan tunai tambahan rm1200 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM1200 2025 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan keperluan barangan asas di bawah Program MyKasih. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas harian, dan akan diagihkan secara bulanan selama setahun.

Bantuan ini akan ditambah baik bermula tahun 2025, dimana penerima STR (Bukan Miskin/Miskin eKasih) juga akan turut menerima bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200

Status kelayakan penerima bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:

PANDUAN SEMAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 DI PORTAL MYKASIH

Status kelayakan penerima bantuan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
  3. Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
    pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  6. Klik Semakan Status
  7. Maklumat Pembayaran (Jika Anda Layak)
  8. Selesai.

PANDUAN SEMAKAN BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 DI PORTAL MYSTR

Semakan status kelayakan penerima bantuan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
  7. Selesai.

TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN

Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:

  • Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
  • Penerima STR 2025 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih) – Bermula April 2025

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN

Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – (BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih)
Isi rumahRM1,200
(Penyaluran Bulanan RM 100)

RM 900
(RM 100 Sebulan)
Warga emas tiada pasangan
RM1,200
(Bulanan RM 100)
RM 450
(RM 50 Sebulan)
BujangRM 600
(Bulanan RM 50)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

1 thought on “BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1200 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment