BANTUAN BUJANG 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Kerajaan memperluaskan inisiatif bantuan kepada golongan bujang bagi membantu meringankan beban kewangan dan kos sara hidup untuk menjalani kehidupan seharian dengan menyediakan beberapa jenis bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK MYSTR : FASA 3 2026
SENARAI BANTUAN BUJANG 2026
Bantuan utama yang disediakan oleh Kerajaan kepada individu bujang adalah seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Info penting : Bermula tahun 2026, setiap individu yang lulus dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang, akan menerima bayaran melalui bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUJANG 2026
Syarat Kelayakan Bantuan 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
- Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);
- Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
JUMLAH BANTUAN BUJANG 2026
Amaun bantuan yang akan diterima oleh penerima bujang yang layak adalah seperti berikut :
| BUJANG EKASIH | BUJANG BUKAN EKASIH |
|---|---|
| RM100 Setiap Bulan Total Setahun : RM1,200 | RM50 Setiap Bulan Total Setahun : RM600 |
TARIKH PENGKREDITAN DUIT BANTUAN BUJANG
Kredit bulanan bantuan Bujang akan disalurkan seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | BUJANG EKASIH | BUJANG BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| 16 Januari 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Februari 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Mac 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 April 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Mei 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Jun 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Julai 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Ogos 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 September 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Oktober 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 November 2026 | RM100 | RM50 |
| 1 Disember 2026 | RM100 | RM50 |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN BUJANG 2026
Status kelayakan penerima boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status STR).
- Status kelayakan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Status kelayakan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Bujang 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026