CARA CHECK STATUS STR SECARA ONLINE (FASA 3 2026) : PANDUAN SEMAKAN & JADUAL BAYARAN
Program bantuan tunai Kerajaan Malaysia melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membantu golongan memerlukan termasuk golongan B40, bagi tahun 2026 bakal memasuki pembayaran FASA 3.
Setiap pemohon bantuan STR boleh membuat semakan status dengan mudah secara atas talian bagi mengetahui status pembayaran Fasa 3 2026. Berikut disertakan langkah-langkah cara check status STR secara online dengan mudah dan tepat di Portal Rasmi MySTR untuk anda mengetahui maklumat bayaran atau tarikh pengkreditan terus ke akaun bank anda.
Baca juga: CARA MOHON EKASIH 2026 : PERMOHONAN BANTUAN SARA MYKASIH
PANDUAN CARA CHECK STATUS STR ONLINE
Proses semakan kelulusan dan status pembayaran STR Fasa 3 2026 boleh dibuat dengan mudah melalui telefon bimbit atau komputer mengikut panduan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
- Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan & Bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL & TARIKH BAYARAN STR 2026
Penyaluran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Berikut adalah jadual bayaran STR bagi tahun 2026 :
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN | STATUS PENYALURAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 | Selesai Dibayar |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 | Selesai Dibayar |
| Fasa 3 | Akan Dikemas kini | Akan datang |
| Fasa 4 | Akan Dikemas kini | Belum diumumkan |
Catatan: Tarikh rasmi pembayaran STR Fasa 3 akan dikemas kini sebaik sahaja kenyataan media dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Jumlah agihan kewangan STR 2026 FASA 3 adalah mengikut kategori kelayakan penerima :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
CARA PEMBAYARAN STR 2026
Pengkreditan wang bantuan STR dilakukan menerusi dua kaedah utama :
- Penerima Ada Akaun Bank : Bayaran dikreditkan terus secara automatik ke dalam akaun bank penerima atau pasangan yang telah didaftarkan.
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ : Tuntutan bayaran secara tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan membawa MyKad asal.
SOALAN LAZIM (FAQ) CARA CHECK STATUS STR
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Q1 : Adakah penerima STR Fasa 3 secara automatik mendapat bantuan SARA?
- Jawapan : Ya, semua penerima STR yang tergolong dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar (berdaftar eKasih) dan bukan eKasih layak menerima elaun bakul makanan SARA menerusi MyKad secara bulanan.
- Q2 : Di manakah saya boleh merujuk jika menghadapi masalah log masuk portal MySTR?
- Jawapan : Anda boleh mengabaikan atau menukar kata laluan melalui fungsi Lupa Kata Laluan di portal MySTR atau menghubungi talian khas LHDN.
- Q3 : Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada bayaran STR telah dikreditkan?
- Jawapan : Anda boleh membuat semakan status bayaran STR secara atas talian melalui Portal Rasmi MySTR.
TALIAN BANTUAN RASMI STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan Cara Check Status STR Secara Online. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca.