SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF : SEMAKAN BANTUAN 2024 ONLINE
Terkini! Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off berbanding sebelum ini dimana hanya kategori miskin tegar yang layak menerima, yang bermaksud kepada SEMUA penerima bantuan STR 2024 akan menerima bantuan ini.
Bagaimanakah semakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah One Off? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga : BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF : (ONLINE 2024 SEMAKAN STATUS)
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus BUKAN Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024.
Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024. Pembayaran bantuan SARA one off ini akan mengikuti kaedah pembayaran yang sama seperti STR iaitu secara TUNAI. Ianya berbeza daripada SARA biasa sebelum ini, dimana bayaran sebelum ini dilakukan di dalam MyKad penerima, dan hanya untuk miskin tegar yang di dalam data ekasih. Hal ini kerana, ianya bantuan tambahan STR FASA 4 2024 daripada kerajaan Madani.
CARA SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Mengikut kepada siaran media Kementerian Kewangan, bantuan ini adalah bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Oleh itu, semakan status kelayakan dan bayaran boleh di lakukan seperti:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Untuk makluman anda, bantuan SARA one off ini tidak perlu memohon. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima bantuan SARA ONE OFF ini.
SYARAT KELAYAKAN SEMAKAN PENERIMA SARA ONE OFF 2024
Penerima bantuan SARA ONE OFF 2024 yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang SARA One Off:
- Warganegara Malaysia.
- 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Bermaksud kesemua penerima bantuan STR akan menerima bantuan Sumbagan Asas Rahmah One Off ini termasuk yang miskin tegar.
- Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ini selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
TARIKH BAYARAN
Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan ini, penyaluran bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 ini bermula pada 9 Disember 2024.
KAEDAH BAYARAN
Kaedah pengkreditan dilakukan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima, manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
KADAR BAYARAN
Berikut merupakan jadual kadar bayaran SARA One OFF kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar berperingkat mulai 9 Disember 2024 mengikut kaedah pembayaran STR kepada:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN SARA ONE OFF 2024 |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
Kerje saya gaji sikit
Saya nak perlukan duit