CEK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2026 : TARIKH & JUMLAH

CEK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2026 : TARIKH & JUMLAH

Adakah anda menantikan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah seterusnya? Proses cek status bayaran STR Fasa 3 2026 kini boleh dilakukan secara terus melalui portal rasmi MySTR. Dijangkakan lebih daripada 5.2 juta penerima kategori isi rumah dan bujang bakal menerima pengkreditan fasa ini.

Bagi memastikan anda tidak ketinggalan, artikel ini menyediakan panduan bergambar yang lengkap, semakan jadual tarikh bayaran, serta jumlah kredit yang akan diterima mengikut kategori kelayakan masing-masing.

BACA JUGA : CHECK BAYARAN SARA JUN 2026 – LAYAK ATAU TIDAK

CARA CEK STATUS BAYARAN STR FASA 3 2026

Untuk membuat semakan status kelayakan dan kelulusan pengkreditan fasa ke-3, sila ikuti langkah-langkah ringkas di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : [https://bantuantunai.hasil.gov.my/].
  2. Pada halaman utama, klik pada butang Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) anda dan klik [Semak].
  4. Disahkan Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan. Jika betul, klik [Ya].
  5. Masukkan kata laluan akaun MySTR anda. Kemudian klik [Log Masuk].
  6. Apabila berjaya masuk ke dashboard, klik menu [Semakan Permohonan].
  7. Status permohonan dan perincian bayaran STR Fasa 3 2026 anda akan dipaparkan.

** Pastikan anda menggunakan pelayar (browser) versi terkini seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk mengelakkan gangguan terknikal semasa log masuk.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026

Pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menetapkan pengkreditan bayaran dibuat secara berperingkat. Berikut adalah jadual jangkaan tarikh pembayaran :

KATEGORI PENERIMASTATUS PERMOHONANJANGKAAN TARIKH BAYARAN
Penerima sedia adaDiluluskanOgos 2026
(Sebelum Hari Kebangsaan)
Penerima baharuDiluluskanOgos 2026
(Secara Berperingkat)
**Nota : Tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 akan dikemaskini semula sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF).

KADAR BAYARAN STR FASA 3 2026

Berapakah kadar jumlah tunai yang akan diterima bagi fasa 3? Kadar agihan adalah berbeza mengikut kategori pendapatan dan bilangan tanggungan anak :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
Isi Rumah B40
(Pendapatan ≤ RM2,500)
RM150 hingga RM650
(tertakluk bilangan anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan
RM2,501 – RM5,000)
RM100 hingga RM350
(tertakluk bilangan anak)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM150
Bujang
(21 – 59 tahun)

KAEDAH PEMBAYARAN STR FASA 3 2026

Proses pembayaran agihan kewangan ini akan dilaksanakan menerusi dua (2) saluran utama, iaitu :

SALURAN BAYARANKAEDAH BAYARAN
Akaun Bank
(Kredit Direct)
Dikreditkan secara terus
ke akaun bank penerima
yang telah didaftarkan dalam
sistem MySTR
(seperti Maybank, CIMB, BSN, dll)
Tunai
di kaunter BSN
Khusus bagi penerima yang
tiada akaun bank atau
status pengkreditan gagal kredit.
Penerima perlu membawa
Kad Pengenalan asas
ke cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)
terdekat

SOALAN LAZIM

  1. Bilakah saya boleh cek status bayaran STR Fasa 3 2026?
    • Anda boleh membuat semakan status pada bila-bila masa menerusi portal rasmi MySTR LHDNM bermula bulan Ogos 2026.
  2. Apa perlu buat jika status menunjukkan “Gagal Kredit”?
    • Jika status anda “Gagal Kredit”, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan BSN berdekatan dengan membawa kad pengenalan untuk penebusan tunai secara terus di kaunter.
  3. Dimanakah saya boleh menghubungi pihak berkuasa jika ada masalah log masuk?
    • Anda boleh menghubungi Talian Hotline STR Hasil di : 1800-88-2747 atau Talian MOF di : 03-8882 4565 / 4566.

RUJUKAN & INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

*Penafian : Maklumat di atas disusun berdasarkan pengumuman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi tujuan memudahkan carian awam.

Leave a Comment