SEMAKAN PERMOHONAN STR – LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 2026
Permohonan baharu dan rayuan yang dikemukakan kini dalam proses kelulusan dan dijangka lebih 8.5 juta penerima sedia ada dan penerima baharu yang akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan permohonan STR Fasa 3? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : KADAR BAYARAN BANTUAN SARA SECARA BULANAN DALAM IC
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR
Permohonan Bantuan STR yang diproses dan diluluskan adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- KELAYAKAN ISI RUMAH :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak masih tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40) |
- KELAYAKAN BUJANG :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun atau 60 tahun ke atas (Warga Emas) |
| Status Perkahwinan | Bujang (belum kahwin) atau Balu / Bercerai (tiada anak / bukan lagi tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 atau Tidak lebih RM5,000 |
SEMAKAN PERMOHONAN STR
Bagaimanapun, status kelayakan permohonan Bantuan STR boleh disemak pada bila-bila masa melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR di sini :
- Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Log Masuk’.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 880808123456.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status permohonan Bantuan STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYARAN STR FASA 3 2026
Cara pembayaran Bantuan STR untuk Fasa 3 adalah ditentukan mengikut jenis penerima seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun semasa permohonan STR | Pembayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat melalui sistem ‘IBG Credit Transfer‘ |
| Penerima tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan STR | Pembayaran secara tunai terus di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan penerima |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Penerima sedia ada dan penerima baharu yang disahkan layak dijangka akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 3 sebelum Hari Kebangsaan, iaitu bertarikh pada :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Ogos 2026 |
| Penerima Baharu | Ogos 2026 |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026
Jumlah Bantuan STR yang akan dibayar kepada setiap penerima adalah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | Tiada anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | – |
| Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) | RM600 |
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.