KADAR BAYARAN BANTUAN SARA SECARA BULANAN DALAM IC

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA SECARA BULANAN DALAM IC

Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dilaksanakan secara bulanan dan kadar yang dikreditkan dalam IC adalah bermula RM50 sehingga RM200 setiap bulan (bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima).

Bagaimanakah kadar bayaran Bantuan SARA secara bulanan dalam IC? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAK BAKI BAYARAN BANTUAN SARA

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA SECARA BULANAN DALAM IC

Kerajaan menetapkan kadar bayaran Bantuan SARA secara bulanan berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
KADAR BAYARAN
BULANAN
Isi Rumah
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM200 setiap bulan
Isi Rumah
‘Asas Bukan Miskin’
RM100 setiap bulan
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
KADAR BAYARAN
BULANAN
Warga Emas
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM150 setiap bulan
Warga Emas
‘Asas Bukan Miskin’
RM50 setiap bulan
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
BUJANG
KADAR BAYARAN
BULANAN
Bujang
‘Miskin & Miskin Tegar’
RM100 setiap bulan
Bujang
‘Asas Bukan Miskin’
RM50 setiap bulan

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA SECARA BULANAN

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA secara bulanan dari Januari hingga Disember bagi tahun 2026 :

  • 9 & 16 Januari 2026 (Jumaat).
  • 1 Februari 2026 (Ahad).
  • 1 Mac 2026 (Ahad).
  • 1 April 2026 (Rabu).
  • 1 Mei 2026 (Jumaat).
  • 1 Jun 2026 (Isnin).
  • 1 Julai 2026 (Rabu).
  • 1 Ogos 2026 (Sabtu).
  • 1 September 2026 (Selasa).
  • 1 Oktober 2026 (Khamis).
  • 1 November 2026 (Ahad).
  • 1 Disember 2026 (Selasa).

KEGUNAAN BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC

Antara kegunaan utama Bantuan SARA yang dikreditkan dalam IC adalah untuk membeli barang dapur dan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Makanan sejuk beku :
    • Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya.
  • Makanan ringan :
    • Roti, biskut, bijirin dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.

SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA SECARA BULANAN

Status bayaran Bantuan SARA Bulanan boleh disemak secara online dengan mudah melalui Portal Rasmi SARA seperti berikut :

  1. Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
  2. Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
  5. Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan status penerima dan bayaran Bantuan SARA Bulanan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)245.50

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment