SEMAK BAKI SARA BULANAN DALAM MYKAD

SEMAK BAKI SARA BULANAN DALAM MYKAD

Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang tidak digunakan sebelum tarikh akhir akan luput secara automatik dan tidak lagi boleh digunakan untuk menebus barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semak baki sara bulanan dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: STR 2026 FASA 3 : CARA MOHON & SEMAK KELAYAKAN

SYARAT KELAYAKAN SARA BULANAN

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR KELAYAKAN SARA BULANAN

Kadar kelayakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan

Total Setahun : RM2,400
RM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,800
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600
BujangRM100 Setiap Bulan

Total Setahun : RM1,200
RM50 Setiap Bulan

Total Setahun : RM600

TARIKH SAH BAKI SARA BULANAN DALAM MYKAD

Elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan dalam MyKad penerima boleh digunakan sehingga tarikh berikut :

TARIKH BAYARANTARIKH LUPUT
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

SEMAK AMAUN BAKI SARA BULANAN DALAM MYKAD

Baki bayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (bergantung kepada penggunaan penerima)

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment