SEMAK BANTUAN BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bermula tahun 2026, kategori bujang juga layak menerima bantuan tanpa tunai (cashless) melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan khusus untuk pembelian barang dapur serta keperluan asas melalui MyKad.
Bagaimanakah semak bantuan bujang 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA MOHON EKASIH 2026 : PERMOHONAN BANTUAN SARA MYKASIH
JENIS BANTUAN BUJANG 2026
Antara bantuan yang layak diterima oleh golongan bujang bagi tahun 2026 adalah seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Untuk makluman, setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan.
JUMLAH BANTUAN BUJANG 2026
Amaun bantuan yang akan diterima oleh penerima bujang yang layak adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang (eKasih) | RM100 Setiap Bulan | RM1,200 |
| Bujang Bukan eKasih | RM50 Setiap Bulan | RM600 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BUJANG
Syarat Kelayakan Bantuan Bujang 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak);
- Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;
- Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);
- Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
KAEDAH BAYARAN BANTUAN BUJANG
Bantuan bujang akan dilaksanakan secara tanap tunai (cashless) seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | TARIKH MASUK BAYARAN |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
CARA SEMAK STATUS BANTUAN BUJANG
Status kelayakan bantuan bujang boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Status kelayakan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Bujang 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026