SEMAKAN STATUS STR : FASA 2 2026
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) kini sedang mempersiapkan penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026 selepas kejayaan agihan fasa pertama pada Januari lalu. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi berterusan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat secara lebih berkesan melalui bantuan tunai langsung yang tepat sasaran. Dengan peruntukan yang besar bagi fasa kedua ini, jutaan isi rumah serta warga emas tiada pasangan di seluruh negara bakal menerima manfaat pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Bagi tahun 2026, kerajaan telah menyusun semula pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bersepadu bagi memastikan sokongan kebajikan yang lebih stabil dan inklusif. Di bawah penambahbaikan ini, peruntukan keseluruhan STR dan SARA telah mencecah RM15 bilion—jumlah tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan. Menariknya, integrasi bantuan ini membolehkan lebih lapan juta rakyat menerima bantuan SARA secara bulanan, termasuk golongan miskin dan miskin tegar eKasih, bagi memastikan kelangsungan keperluan asas rakyat sentiasa terpelihara sepanjang tahun.
Selaras dengan usaha meminimumkan risiko keciciran maklumat bagi penyaluran STR Fasa 2, MOF menegaskan bahawa proses verifikasi data dilakukan secara berkala bagi mengesahkan had pendapatan serta rekod pemilikan aset terkini. Pemohon dinasihatkan untuk memastikan profil mereka sentiasa dikemas kini bagi menjamin kelancaran proses pembayaran. Namun, seiring dengan kehadiran fasa baharu ini, timbul persoalan penting dalam kalangan penerima:
Bagaimanakah semakan status STR 2026 Fasa 2? Sila ikuti panduan lengkap serta langkah-langkah semakan yang kami sediakan di bawah.
BACA JUGA : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : FASA 2 (BANTUAN STR)
TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 2
Buat masa ini, kerajaan belum mengeluarkan sebarang pengisytiharan mengenai tarikh sebenar bayaran STR 2026 bagi Fasa 2. Namun, sekiranya terdapat laporan terbaru, pihak kami akan memastikan untuk memaparkannya di sini dengan kadar segera, sejurus perincian rasmi dibuat.
SEMAKAN KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 2
Perincian mengenai kadar bantuan STR 2026 Fasa 2 mengikut kriteria kelayakan pemohon adalah sepertimana yang dimuatkan di bawah:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR 2026 (FASA 2) |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : Belum Dihebahkan 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Isi Rumah Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : – 1 hingga 2 anak : – 3 hingga 4 anak : – 5 anak & ke atas : – |
| Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan Kasar Bulanan RM5,000 dan Ke Bawah | – |
| Bujang Berpendapatan Kasar Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | – |
*Info Penting: Setakat ini, pihak kerajaan belum menerbitkan perincian rasmi mengenai kadar bantuan STR 2026 Fasa 2. Walau bagaimanapun, pihak kami komited untuk mengemas kini maklumat tersebut dengan kadar segera sejurus selepas kenyataan berautoriti dikeluarkan.
SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026
Untuk kelayakan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mestilah memenuhi syarat seperti berikut:
| Kategori | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia; – Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; – Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; atau – Pendapatan kasar bulanan RM2,501 hingga RM5,000. |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
| Bujang (SARA) | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta – Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
SEMAKAN STATUS STR 2026
Berikut merupakan panduan semakan status STR 2026 secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN STR
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Untuk mendapatkan kembali kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MySTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, klik [Semak].
- Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
- Seterusnya, tekan butang [Hantar].
- Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
- Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbagan Tunai Rahmah 2026.
- Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
- ID Pengguna : No MyKad anda.
- Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
- Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan mengikut cara pengkreditan seperti berikut:
| Jenis Penerima | Cara Pengkreditan |
|---|---|
| Penerima mempunyai akaun bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAKAN KADAR BANTUAN STR 2026
Berikut merupakan kadar bantuan STR mengikut kategori penerima bagi sepanjang tahun 2026:
- Kategori Isi Rumah:
| Kategori Penerima | Kadar Bantuan STR 2026 (Setahun) |
|---|---|
Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada Anak : RM 700 1 hingga 2 Anak : RM 1,200 3 hingga 4 Anak : RM 1,700 5 Anak dan Ke atas: RM 2,200 |
| Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM 450 3 hingga 4 Anak : RM 700 5 Anak dan Ke atas: RM 950 |
- Warga Emas Tiada Pasangan:
| Kategori Penerima | Kadar Bantuan STR 2026 (Setahun) |
|---|---|
| Warga Emas Tiada pasangan | RM600 |
- Kategori Bujang:
| Kadar Bantuan STR 2026 |
|---|
| Pembayaran melalui kaedah SARA |
JADUAL BAYARAN STR 2026
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual berikut:
| Fasa | Tarikh Bayaran STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | Belum diumumkan |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
- Berapakah jumlah bayaran maksimum untuk STR Fasa 2 2026?
- Setakat ini tiada perincian rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia mengenai jumlah bayaran STR 2026 bagi fasa kedua. Namun, sekiranya terdapat pengumuman, pihak kami akan mengemas kini dengan segera.
- Adakah bantuan SARA 2026 diberikan secara sekaligus (one-off)?
- Ya. Terdapat SARA 2026 yang akan diberikan secara sekaligus kepada seluruh rakyat Malaysia pada 9 Februari 2026 sempena musim perayaan.
- Bolehkah saya memohon STR jika saya mempunyai perniagaan sendiri?
- Boleh, namun setiap permohonan akan melalui verifikasi merangkumi semakan pemilikan perniagaan, kenderaan, dan kediaman bagi mengesahkan kelayakan.
- Adakah tempoh permohonan STR 2026 mempunyai tarikh tutup?
- Tidak. Permohonan baharu dan rayuan kini dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi bagi mengurangkan risiko keciciran.
- Bagaimanakah cara MOF menghubungi penerima untuk urusan maklumat peribadi?
- MOF tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp. Sebarang maklumat rasmi hanya melalui portal rasmi MySTR.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sangat sarankan kepada anda untuk kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747.
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566.
- E-mel : [email protected].
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/RISALAH%20STR%202026.pdf
Nk check str