SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA (ONLINE)
Terkini! Pembayaran Bantuan SARA telah mula diagihkan. Kementerian Kewangan telah mengumumkan SARA kali ini telah dinaik taraf dimana lebih ramai penerima yang akan turut menerima bayaran bulanan berbanding sebelum ini dimana hanya kategori miskin tegar yang layak menerima.
Bagaimanakah semakan status bantuan SARA secara online? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga: SKAS 2025 : PERMOHONAN BANTUAN SARAWAK & SEMAKAN STATUS ONLINE
APA ITU BANTUAN SARA
Mulai tahun ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditambah baik oleh Kerajaan Madani, dan dikenali sebagai SARA bulanan, yang bermaksud bayaran setiap bulan. Bantuan SARA kali ini membolehkan SEMUA penerima Bantuan STR FASA 1 akan turut menerima bantuan ini.
Pelaksanaan bantuan kali ini adalah secara tanpa tunai, dan pengagihan bayaran adalah sama kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak iaitu pengkreditan ke akaun Kad Pengenalan penerima
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA
Penerima Bantuan SARA yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bayaran bulanan :
- Warganegara Malaysia.
- Had Umur :
- Isi Rumah – 18 tahun dan ke atas.
- Bujang – 21 hingga 59 tahun.
- Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
- Kadar pendapatan :
- Miskin Tegar – RM1,189 ke atas (tersenarai dalam rekod data e-Kasih).
- Bukan Miskin – RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
- Lulus Permohonan STR Fasa 1 2026.
CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA
Untuk makluman anda, Bantuan SARA ini tidak perlu memohon. Hal ini kerana, penerima dipilih secara automatik berdasarkan kelulusan permohonan Bantuan STR yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima Bantuan SARA ini.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA ONLINE
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, semakan status boleh dilakukan secara online mengikut cara-cara seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.
- Laman web rasmi SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan SARA].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Sahkan [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan SARA untuk sepanjang tahun 2026 :
- 9 & 16 Januari 2026 – Jumaat.
- 1 Februari 2026 – Ahad.
- 1 Mac 2026 – Ahad.
- 1 April 2026 – Rabu.
- 1 Mei 2026 – Jumaat.
- 1 Jun 2026 – Isnin.
- 1 Julai 2026 – Rabu.
- 1 Ogos 2026 – Sabtu.
- 1 September 2026 – Selasa.
- 1 Oktober 2026 – Khamis.
- 1 November 2026 – Ahad.
- 1 Disember 2026 – Selasa.
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA
Kadar bayaran Bantuan SARA adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN SARA (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan SARA di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Hubungi pihak Kementerian Kewangan melalui talian rasmi seperti berikut :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.
BANTUAN SARA