SEMAK EKASIH SECARA ONLINE : BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN
Isi Rumah miskin serta miskin tegar di seluruh Malaysia yang tersenarai dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional eKasih, dan penerima STR layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad dengan kadar kelayakan sehingga RM200 setiap bulan.
Bagaimanakah semak ekasih secara online? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA CHECK MYKASIH ONLINE : SEMAK STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA BULANAN) 2026
SYARAT KELAYAKAN EKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
SEMAK KADAR BAYARAN EKASIH SECARA BULANAN
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, setiap bulan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULANAN | TOTAL SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM2,400 Setahun |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM1,800 Setahun |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM1,500 Setahun |
JADUAL BAYARAN EKASIH SECARA BULANAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dilaksanakan setiap bulan seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | TARIKH LUPUT |
|---|---|
| 9 Januari 2026 (Isi Rumah & Warga Emas) 16 Januari 2026 (Bujang) | 31 Disember 2026 |
| 1 Februari 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 Mac 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 April 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 Mei 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 Jun 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 Julai 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 Ogos 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 September 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 Oktober 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 November 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
| 1 Disember 2026 (Semua) | 31 Disember 2026 |
SEMAK PENDAFTARAN EKASIH SECARA ONLINE
Status pendaftaran eKasih sebagai penerima miskin atau miskin tegar eKasih boleh di semak seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
SEMAK SARA EKASIH SECARA ONLINE
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026