SEMAK SARA 2026 KELAYAKAN : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Pada era modenisasi ini dengan kemudahan teknologi di hujung jari, semakan status kelayakan untuk bantuan Kerajaan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini boleh di semak dengan mudah secara online di Portal Rasmi SARA tanpa memerlukan pengesahan secara fizikal di kaunter pasar raya.
Bagaimanakah cara semak kelayakan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
TARIKH AGIHAN BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| TARIKH AGIHAN BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan |
| 16 Januari 2026 | Bujang |
| Setiap 1 hari bulan (Februari – Disember) | Semua |
Info penting : Tarikh luput kredit SARA adalah pada 31 Disember 2026
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih dan Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, Bujang.
CARA AGIHAN BAYARAN SARA 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| CARA PEMBAYARAN | JENIS PENERIMA |
|---|---|
| MyKad (Kad Pengenalan) | Penerima di Semenanjung Malaysia; dan Penerima di Sabah Sarawak termasuk W.P Labuan |
KADAR KELAYAKAN SARA 2026
Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, setiap bulan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 x 12 Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM2,400 | RM100 x 12 Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM1,200 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 x 12 Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM1,800 | RM50 x 12 Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM600 |
| Bujang | RM100 x 12 Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM1,200 | RM50 x 12 Bulan (Januari – Disember) Total Setahun : RM600 |
CARA SEMAK KELAYAKAN SARA 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Layari ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
CARA GUNA ELAUN SARA
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan elaun bantuan SARA, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026