SEMAKAN BAYARAN SABAH : BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Rakyat Sabah yang merupakan penduduk asal atau yang bermastautin lebih satu (1) tahun di Sabah boleh mendapatkan bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang disalurkan secara tunai sehingga berjumlah RM2,400 setahun.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan Sabah? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYSALAM SEMAKAN KELAYAKAN – LAYAK ATAU TIDAK TUNTUT BANTUAN
PENGENALAN BANTUAN SABAH
Bantuan Sabah atau rasminya Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah disalurkan secara tunai khas untuk rakyat Miskin dan Miskin Tegar.
Antara tujuan pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
- Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.
CARA TERIMA BANTUAN SABAH
Terdapat tiga (3) cara penerimaan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank atau pusat pemberian yang bersesuaian bagi penerima yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH
Namun, Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dibayar secara berperingkat dari fasa pertama hingga keempat seperti jadual berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa Pertama (1) | Mac 2026 |
| Fasa Kedua (2) | Mei 2026 |
| Fasa Ketiga (3) | September 2026 |
| Fasa Keempat (4) | November 2026 |
KADAR BAYARAN BANTUAN SABAH
Setiap penerima akan terima bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dengan kadar yang sama seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | KIRAAN BULANAN | KADAR BAYARAN SETIAP FASA |
|---|---|---|
| Fasa Pertama (1) | RM200 (Januari) RM200 (Februari) RM200 (Mac) | = RM600 |
| Fasa Kedua (2) | RM200 (April) RM200 (Mei) RM200 (Jun) | = RM600 |
| Fasa Ketiga (3) | RM200 (Julai) RM200 (Ogos) RM200 (September) | = RM600 |
| Fasa Keempat (4) | RM200 (Oktober) RM200 (November) RM200 (Disember) | = RM600 |
SEMAKAN BAYARAN SABAH
Untuk mengetahui sama ada layak atau tidak anda terima bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- *Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.