MYSALAM SEMAKAN KELAYAKAN – LAYAK ATAU TIDAK TUNTUT BANTUAN
Pada bila-bila masa sahaja penerima yang disahkan ‘layak’ boleh membuat tuntutan bayaran Bantuan mySalam bagi manfaat ‘Penyakit Kritikal’ dan manfaat ‘Hospitalisasi’. Jika berkelayakan bayaran akan terus disalurkan supaya dapat membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima mySalam? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BALANCE SARA – JUMLAH YANG ADA DALAM IC
APA ITU MYSALAM?
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
SENARAI MANFAAT MYSALAM
Antara manfaat MySalam adalah :
- Manfaat Penyakit Kritikal :
- Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.
- Manfaat Hospitalisasi :
- Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari dan terhad kepada 14 hari.
JUMLAH TUNTUTAN MYSALAM
Berikut merupakan jumlah Bantuan mySalam yang akan dibayar mengikut jenis tuntutan manfaat yang dibuat penerima :
| JENIS MANFAAT | JUMLAH TUNTUTAN |
|---|---|
| Diagnos Penyakit Kritikal | RM8,000 sekali seumur hidup |
| Hospitalisasi | RM50 / sehari (minimum) dan RM700 / 14 hari (maksimum) |
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Penerima Bantuan mySalam dipilih secara automatik berdasarkan syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had Umur :
- Kategori Berkahwin : Individu dan pasangan berumur 18 hingga 65 tahun.
- Kategori Bujang : Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU : Individu OKU berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan penerima tidak melebihi RM24,000 setahun;
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
MYSALAM SEMAKAN KELAYAKAN
Bagaimanapun, kelayakan boleh disemak secara terus di laman web rasmi mySalam seperti panduan yang tertera di bawah :
- Sila layari laman web rasmi mySalam : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
- Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad anda pada ‘Semak Kelayakan’.
- Klik pada butang [Semak].
- Kelayakan sebagai penerima mySalam akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi mySalam. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian mySalam : 1300 88 8938
- E-mel mySalam : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.