SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI
Bayaran Bantuan MyKasih untuk bulan Mei adalah merupakan bayaran yang ke-lima (5) dilaksanakan untuk tahun 2026 dan seramai lebih 8.1 juta penerima yang disahkan layak telahpun mula menerima pengkreditan dalam MyKad.
Bagaimanakah semak status bayaran MyKasih dalam MyKad untuk bulan Mei? Rujuk panduan di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BAYARAN SABAH : BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
TARIKH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI
Kerajaan telah mengkreditkan bayaran Bantuan MyKasih ke dalam MyKad semua penerima yang layak untuk bulan Mei yang bertarikh pada :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang | 🗓️ 01 Mei 2026 (Jumaat) |
JUMLAH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI
Namun, jumlah bayaran Bantuan MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad untuk bulan Mei adalah berbeza bagi setiap kategori penerima seperti berikut :
- 👰🤵 Kategori Isi Rumah :
| ISI RUMAH MISKIN TEGAR | ISI RUMAH BUKAN MISKIN |
|---|---|
| RM200 / setiap ketua keluarga | RM100 / setiap ketua keluarga |
- 🧑🦳 Kategori Warga Emas :
| WARGA EMAS MISKIN TEGAR | WARGA EMAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| RM150 / setiap individu | RM50 / setiap individu |
- 🧑🦱 Kategori Bujang :
| BUJANG MISKIN TEGAR | BUJANG BUKAN MISKIN |
|---|---|
| RM100 / setiap individu | RM50 / setiap individu |
TEMPOH GUNA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI
Semua penerima perlu mengetahui bahawa Bantuan Mykasih yang dikreditkan dalam MyKad pada bulen Mei mempunyai tempoh penggunaan yang ditetapkan selama berikut :
| TARIKH KREDIT | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR |
|---|---|---|
| 01 Mei 2026 | 8 bulan | 31 Disember 2026 |
SEMAK STATUS BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD BULAN MEI
Status kelayakan dan bayaran Bantuan MyKasih untuk bulan Mei boleh disemak secara terus melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran bulan Mei akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN PENGGUNAAN MYKASIH DALAM MYKAD
Jika anda disahkan layak dan Bantuan MyKasih telah dikreditkan dalam MyKad anda, ikuti panduan penggunaan yang betul seperti berikut :
| LANGKAH | CARA PENGGUNAAN MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Pergi ke premis terpilih MyKasih berhampiran anda |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKad |
| 3. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang MyKasih |
| 5. | Pembayaran akan disahkan guna MyKad penerima |
| 6. | MyKad akan dikembalikan dan resit pembelian akan diberikan |
INFO LANJUT
Segala informasi yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.