SEMAK BAKI TERKINI MYKASIH : JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT INI

SEMAK BAKI TERKINI MYKASIH : JUMLAH TERKUMPUL SETAKAT INI

Adakah anda salah seorang penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)? Ramai penerima yang ingin tahu semak baki terkini MyKasih bagi memastikan berapakah baki elaun barangan dapur yang masih tersisa atau terkumpul dalam Kad Pengenalan (MyKad) masing-masing.

Sekiranya anda belum menggunakannya atau baru membeli sebahagian barang asas, baki tersebut akan disimpan dalam MyKad sehingga tarikh luput yang ditetapkan.

Berikut adalah panduan lengkap cara semak baki terkini MyKasih secara atas talian (online) berserta jumlah terkumpul dan tempoh sah guna.

BACA JUGA : SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR – YANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH

JUMLAH BAKI TERKINI MYKASIH

Sekiranya penerima bayaran bulanan tidak pernah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas, baki yang terkumpul setakat ini (hingga Ogos) pastinya masih penuh lagi dalam Kad Pengenalan.

Berikut merupakan jumlah baki terkini MyKasih (terkumpul dari Januari hingga Ogos) :

KATEGORI PENERIMABAYARAN
BULANAN
JUMLAH
TERKUMPUL
JUMLAH
BELUM KREDIT
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 sebulanSehingga
RM1,600
RM800
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 sebulanSehingga
RM800
RM400
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 sebulanSehingga
RM1,200
RM600
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 sebulanSehingga
RM400
RM200
Bujang
Miskin Tegar
RM100 sebulanSehingga
RM800
RM400
Bujang
Bukan Miskin
RM50 sebulanSehingga
RM400
RM200
*NOTA : Penerima yang telah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas pastinya mempunyai baki yang berbeza mengikut kegunaan.

SEMAK BAKI TERKINI MYKASIH

Bagi penerima yang belum menggunakan atau telah menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan asas boleh buat semakan untuk tahu berapa baki terkini yang ada dalam Kad Pengenalan.

Ikuti cara semak baki yang mudah di bawah :

  1. Layari laman web rasmi MyKasih di sini :
  2. Laman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900230112345.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan dan baki terkumpul akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan baki terkumpul MyKasih :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Jumlah Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)245.45
(Contoh baki selepas pembelian)
*NOTA : Jumlah diatas hanyalah contoh. Bagaimanapun jumlah terkumpul yang ada dalam Kad Pengenalan adalah mengikut jumlah yang dikreditkan dan yang telah anda gunakan dari semasa ke semasa.

TARIKH AKHIR GUNA BAKI MYKASIH

Bantuan MyKasih akan dikreditkan setiap 1 hari bulan setiap bulan untuk penerima membuat pembelian barang keperluan asas. Namun Kerajaan juga telah menetapkan tarikh akhir penggunaan Bantuan MyKasih selama berikut :

TEMPOH GUNATARIKH AKHIR
12 bulan
(Dari Januari hingga Disember)
31 Disember 2026 (Khamis)
⚠️ PENTING : Jika baki MyKasih tidak dibelanjakan sebelum 31 Disember 2026, baki tersebut akan terbatal secara automatik dan ditarik balik oleh Kerajaan.

BILANGAN TERKINI PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Penerima yang telah disahkan layak menerima Bantuan MyKasih secara one-off adalah seramai 22 juta penerima termasuk penerima sedia ada yang direkodkan seramai 8.1 juta yang melibatkan seramai berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGAN YANG LAYAK
Isi Rumah3.7 juta penerima
Warga Emas1.3 juta penerima
Bujang3.1 juta penerima

SOALAN LAZIM (FAQ) BAKI MYKASIH

  1. Adakah baki MyKasih boleh dikeluarkan secara tunai di ATM?
    • Tidak. Baki bantuan MyKasih adalah berasaskan e-kredit dalam MyKad. Baki ini hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas yang dibenarkan di kedai runcit dan pasar raya rakan niaga MyKasih (seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, Speedmart 99, dan lain-lain).
  2. Bagaimana cara semak baki MyKasih melalui resit pembelian?
    • Selain semakan online, anda juga boleh menyemak baki terkini MyKasih pada bahagian bawah resit rasmi selepas melakukan transaksi pembelian di kaunter kedai yang berdaftar.
  3. Bolehkah baki bulan ini dibawa ke bulan hadapan?
    • Boleh. Baki bantuan SARA MyKasih akan terus diakumulasi (terkumpul) dari bulan ke bulan sehingga tarikh luput pada 31 Disember 2026.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah berkaitan semakan baki, kad rosak, atau transaksi gagal, sila hubungi pihak pengurusan MyKasih di maklumat berikut :

Penafian:
Artikel ini bertujuan untuk memberikan panduan maklumat am berkaitan bantuan kewangan kerajaan bagi memudahkan carian orang ramai. Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi, nombor kad bank, atau mengenakan sebarang caj. Semua maklumat merujuk kepada sumber portal rasmi MyKasih Foundation.

Leave a Comment