SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR – YANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH
Kini, lebih daripada 10,000 premis yang berdaftar mempunyai sistem bayaran guna MyKasih yang membolehkan penerima untuk tebus Bantuan Barang Dapur dengan mudah tanpa perlu pergi jauh atau membuat pengeluaran tunai. Namun, masih ada penerima yang belum tebus sebarang Bantuan Barang Dapur guna MyKasih.
Apakah senarai Bantuan Barang Dapur dan bagaimana cara tebus guna MyKasih? Rujuk panduan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SKAS ONLINE : SEMAKAN FASA 2 2026
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR
Terdapat 11 kategori barang dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih, antaranya telah disenaraikan di bawah :
| KATEGORI BARANG | SENARAI YANG DILULUSKAN |
|---|---|
| Beras | Beras jenama tempatan – Faiza, Jasmine, Jati, Bernas dan sebagainya. |
| Telur | Gred A, B, C dan D |
| Minyak masak | Paket dan botol – Sri Murni, Saji, Alif, Daisy, Buruh dan sebagainya. |
| Roti | Roti kosong dan berkrim – Gardenia, Mighty White, Roti Sedap, Massimo dan sebagainya. |
| Biskut | Biskut kering dan berkrim – Julies, Tiger, Munchys, Jacobs, Hup Seng, Hwa Tai dan sebagainya. |
| Mi segera | Indo Mie, Mamee, Maggi, Mi Sedap, Cintan dan sebagainya. |
| Tepung | Gandum, tepung ubi, jagung, kastard – Pelbagai jenama |
| Bahan perasa | Gula, Garam, Kicap, Sos Cili, Sos Tomato dan Cukup Rasa |
| Makanan dalam tin | Tuna, Sardin dan Kacang Panggang – Pelbagai jenama |
| Makanan sejuk beku | Daging Burger, Nuget, Roti Canai dan sebagainya – Pelbagai jenama |
| Minuman | Susu, Kopi, Teh, Coklat dan sebagainya – Pelbagai jenama |
CARA TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH
Bagi penerima yang belum pernah tebus Bantuan Barang Dapur guna MyKasih, anda boleh ikuti cara mudah seperti berikut :
- Kunjungi pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang berdaftar dengan MyKasih.
- Pilih barang keperluan yang ada label MyKasih pada rak harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna Kad Pengenalan penerima.
- Kad Pengenalan akan dikembalikan dan resit akan diberikan.
- Selesai.
*NOTA : Jika anda mengambil produk yang tidak mempunyai label MyKasih atau pembelian melebihi kadar bantuan yang ada dalam Kad Pengenalan, anda perlu membuat bayaran secara tunai lebihan tersebut.
KADAR TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH
Sebelum buat sebarang penebusan Bantuan Barang Dapur guna MyKasih, anda perlu mengetahui kadar bantuan yang ada dalam Kad Pengenalan anda kerana setiap kategori akan menerima kadar yang berlainan seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| JENIS KREDIT | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 | ISI RUMAH T20 |
|---|---|---|---|
| Bulanan | RM200 sebulan | RM100 sebulan | – |
| Sekali | RM100 | RM100 | RM100 |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| JENIS KREDIT | WARGA EMAS B40 | WARGA EMAS M40 | WARGA EMAS T20 |
|---|---|---|---|
| Bulanan | RM150 sebulan | RM50 sebulan | – |
| Sekali | RM100 | RM100 | RM100 |
- KATEGORI BUJANG :
| JENIS KREDIT | BUJANG B40 | BUJANG M40 | BUJANG T20 |
|---|---|---|---|
| Bulanan | RM100 sebulan | RM50 sebulan | – |
| Sekali | RM100 | RM100 | RM100 |
TARIKH & TEMPOH TEBUS BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH
Namun semua penerima yang layak perlu mengetahui tarikh Bantuan MyKasih dikreditkan dan tempoh perlu tebus Bantuan Barang Dapur selama mana yang diberikan untuk tahun 2026 seperti jadual berikut :
| JENIS KREDIT | TARIKH KREDIT | TEMPOH TEBUS |
|---|---|---|
| Bulanan | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 bulan sehingga 31 Disember 2026 |
| Sekali | 9 Februari 2026 | 11 bulan sehingga 31 Disember 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- E-mel MyKasih : [email protected]
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.